logo 1200x1200 with bckground 06
no5.2
no5.1
no5.3

Program Wipers ACE

MSWP menyambut baik program Malaysian Athlete Career And Education (MACE) yang diperkenalkan oleh Majlis Sukan Negaa (MSN) untuk digunapakai di peringkat Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

MSWP membuat penjenamaan semula bagi program ini sebagai Wilayah Persekutuan Athlete Career And Education atau “WIPERS-ACE” supaya bertepatan dengan kumpulan sasaran MSWP.

WiPERS-ACE memberi fokus kepada 3 bidang utama iaitu pendidikan, kerjaya dan pendidikan.

 

3 Bidang Utama

Pendidikan

MSWP mencari peluang untuk mengadakan siri taklimat, ceramah, bengkel dan kursus kepada para atlet bagi mempersiapkan diri mereka untuk menyambung pengajian diperingkat Diploma mahupun Ijazah Sarjana Muda. Para atlet juga akan didedahkan kepada bidang kemahiran yang boleh mereka ceburi.

MSWP juga dalam usaha untuk menyediakan “Fast Track” kepada para atlet untuk menyambung pengajian dalam bidang tertentu melalui Kementerian Pengajian Tinggi.

Kerjaya 

MSWP dengan kerjasama rakan-rakan strategik akan mendapatkan peluang pekerjaan (Job Placement) untuk para atlet sama ada secara sepenuh masa, separuh masa, sambilan mahupun secara internship. 

Kebajikan

MSWP menitik beratkan isu kebajikan dalam kalangan atlet MSWP. Oleh itu, MSWP akan menyediakan insurans bagi melindungi para atlet semasa tempoh latihan makanan, bantuan persekolahan dan bantuan untuk melanjutkan pengajian para atlet MSWP. 

Maklumat perhubungan

Puan Jumiati binti Rosly
No Tel : 03-88926622
Emel  : jumiati@wipers.gov.my

Puan Norazawana binti Abu Bakar
No Tel  : 03-88926613
Emel   : azawana@wipers.gov.my

Encik Maliki bin Ibrahim
No tel  : 03-88926617
Emel   : maliki@wipers.gov.my