Program Kejurulatihan

KURSUS SAINS SUKAN

Kursus Sains Sukan merupakan salah satu komponen di dalam Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) yang digunakan oleh jurulatih untuk permohonan lesen kejurulatihan di seluruh negeri bagi meneruskan kerjaya sebagai jurulatih sukan. Kursus ini terbahagi kepada tiga (3) tahap iaitu Tahap I, II dan III.

 

KURSUS SUKAN SPESIFIK

  1. Mempertingkatkan kemahiran dan prestasi jurulatih.
  2. Mewujudkan daya saing diantara jurulatih serta mempertingkatkan pengetahuan jurulatih seiring dengan perkembangan teknologi terkini dalam bidang kejurulatihan di dalam sukan masing-masing.

 

KURSUS PENDIDIKAN SUKAN BERTERUSAN

Membantu para jurulatih menerusi program pendidikan yang berterusan dalam bidang Sains Sukan dan Pengkhususan Sukan agar Jurulatih mendapat ilmu terkini sambil memastikan peringkat kemahiran dan profesional dalam bidang sukan masing-masing. Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti Kursus ‘Basic Nutrition’ dan Kursus ‘Sports Taping’.