CIRI-CIRI BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN
Menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
Kuning

Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan.

Biru
Perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran.
Merah

Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.

Jata Negara
(Lambang harimau berjuang) melambangkan Wilayah Persekutuan.
Tiga (3) Bintang
Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.