Unit Sukan Prestasi Tinggi Wilayah Persekutuan berperanan sebagai sebuah unit yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program persediaan atlet berprestasi tinggi bagi mewakili Kontinjen Wilayah Persekutuan ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Atlet-atlet prospek yang berumur bawah 21 tahun hasil daripada program Bakat Sukan Wilayah Persekutuan (BSW) akan diserap masuk ke unit ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet pada peringkat yang lebih tinggi.

Antara kelebihan bagi atlet yang berada di dalam program ini adalah mereka akan dilatih oleh Jurulatih yang berkualiti dan berkelayakan. Mereka juga berpeluang untuk menyertai kejohanan-kejohanan yang lebih kompetitif dalam negara mahupun luar negara.

Seramai 765 orang atlet (446 Lelaki / 319 Wanita) daripada 33 jenis sukan yang dipertandingkan di SUKMA telah berjaya disenaraikan ke dalam program ini bagi tahun 2020. Selain itu, atlet-atlet ini dilatih oleh seramai 93 orang jurulatih tempatan dan 2 jurulatih luar negara.

Bahagian ini bertanggungjawab kepada pencapaian Teras satu (1) dalam Pelan Strategik MSWP (2019 – 2023) iaitu “Mempertingkat Prestasi Atlet Ke Tahap Cemerlang”. Unit ini telah merangka dua (2) strategi utama bagi memastikan teras ini tercapai :

  1. Memastikan atlet-atlet menyertai pertandingan dan kejohanan yang berkualiti bagi meningkatkan prestasi atlet ke tahap cemerlang;

  2. Memantapkan program latihan prestasi tinggi secara menyeluruh bagi melahirkan atlet bertaraf nasional dan antarabangsa berteraskan sains sukan.

  1. Atlet

memastikan atlet yang dilahirkan berpotensi dan berkualiti untuk mewakili wilayah persekutuan ke peringkat tertinggi

  1. Kepegawaian

merangka dan menyelaras program di peringkat akar umbi serta memastikan kesinambungan atlet ke peringkat lebih tinggi

  1. Kejurulatihan

meningkatkan potensi dan kualiti jurulatih dengan menyertai kursus-kursus serta seminar yang berkaitan dengan kejurulatihan

  1. Program latihan

memastikan tahap prestasi atlet pelapis negeri setara dengan atlet prestasi tinggi Objektif

  • Melahirkan atlet wilayah persekutuan di peringkat akar umbi

  • Memastikan kesinambungan atlet dari akar umbi ke prestasi tinggi

  • Memastikan pelaksanaan program akar umbi berteraskan sains sukan

  • Menjadi centre pool of talent

  • Memastikan semua jurulatih berkelayakan menjelang 2025

  1. Penyediaan Program Latihan Suaian Fizikal.
  2. Menjalankan Program Ujian Kecergasan (Umum dan Spesifik) bagi atlet Wilayah Persekutuan.
  3. Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi dan Pemulihan Kecederaan.
  4. Menyediakan Latihan Khas Psikologi Sukan.
  5. Pemeriksaan Kecederaan dan Kesihatan.
  6. Membantu dalam penyediaan Pusat Latihan Atlet SUKMA Wilayah Persekutuan.
  1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan acara-acara dan majlis rasmi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
  2. Mengendalikan dan menguruskan Program Pembangunan Modal Insan Atlet, Jurulatih dan Pegawai Sukan;
  3. Mengendali dan menguruskan Kursus, Bengkel dan Seminar berkaitan dengan Pengurusan Sukan;
  4. Menyelaras Program Pengiktirafan dan Penghormatan

Pengurusan Sumber Manusia

  1. Merancang pembangunan organisasi dan menjalankan kajian cadangan pemansuhan jawatan dan penggredan semula jawatan;
  2. Mengumpul, menyedia dan menyelaras maklumat perjawatan serta keperluan untuk pewujudan jawatan baru;
  3. Menyelaras penyertaan kursus berjadual anjuran institusi latihan awam dan swasta;
  4. Menyediakan Perancangan Strategik Pembangunan Sumber Manusia;
  5. Merancang dan menyelaras urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai;
  6. Melaksanakan urusan pengesahan lantikan,  pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen,
  7. Menguruskan tindakan tatatertib;
  8. Menguruskan pengisytiharan harta personel;
  9. Menguruskan Penentuan Gaji Permulaan yang lebih tinggi;
  10. Menyelaras dan memproses urusan tanggung kerja;
  11. Mengurusetiakan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM);
  12. Melaksanakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
  13. Membuat perancangan Pelan Penggantian terhadap semua pegawai di MSWP;
  14. Menguruskan pelantikan pegawai tetap dan pelantikan pegawai kontrak;
  15. Merancang dan mengurus penempatan personel MSWP;
  16. Menguruskan pelantikan secara peminjaman/pertukaran sementara dan pertukaran tetap;
  17. Menguruskan persaraan pilihan dan persaraan wajib;
  18. Menguruskan permohonan keluar negeri atas urusan rasmi dan atas urusan persendirian;
  19. Mengurus cuti personel berdasarkan Perintah Am Bab C; dan
  20. Menyelaras anugerah pingat dan bintang kebesaran negeri-negeri dan Persekutuan untuk diajukan ke KWP.

Pengurusan Pentadbiran Am

  1. Mengendalikan urusan surat-menyurat dan pengurusan sistem fail;
  2. Memantau kebersihan/keselamatan/kerosakan pejabat;
  3. Menguruskan Kenderaan Jabatan dan Pemandu;
  4. Menguruskan Tempahan Bilik/Makan-Minum Mesyuarat;
  5. Menguruskan Logistik Untuk Majlis-majlis Rasmi MSWP;
  6. Menguruskan kemudahan dan peralatan pejabat;
  7. Menguruskan Pengurusan Stor;
  8. Menguruskan Pengurusan Aset;
  9. Menguruskan perolehan secara pembelian terus, sebut harga, dan tender bagi bekalan, perkhidmatan dan perkhidmatan kerja;
  10. Menguruskan Panjar Wang Runcit;
  11. Menguruskan permohonan dan pengeluaran Pesanan Kerajaan (Local Order); dan
  12. Menguruskan permohonan tempahan dan pengeluaran Waran Penerbangan Udara Awam (WPUA).

Pengurusan Kewangan

  1. Mengendalikan urusan fungsi perakaunan dan kewangan;
  2. Menyediakan anggaran belanjawan MSWP;
  3. Menguruskan urusan Audit dari Audit Dalaman dan Audit Negara;
  4. Memantau dan melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan;
  5. Mengurus pembayaran elaun, tuntutan dan semua bayaran balik;
  6. Melaksanakan pembayaran Pesanan Kerajaan (Local Order) dan pembayaran bil tanpa Pesanan Kerajaan (Local Order);
  7. Mengurus terimaan/hasil dan akaun belum terima;
  8. Menyelenggara buku tunai;
  9. Menyelengara buku vot;
  10. Mengurus dan menyelia rekod-rekod kewangan;
  11. Mengurus dan menyedia laporan bulanan, suku tahun dan tahunan;
  12. Pengurusan perakaunan dan penyediaan laporan kewangan tahunan;
  13. Penyediaan laporan JKPA MSWP;
  14. Menguruskan sumbangan, bantuan dan insentif;
  15. Menguruskan pembayaran elaun-elaun secara berkala;
  16. Menyediakan maklumbalas bagi teguran Audit Dalam dan juga Audit Negara; dan
  17. Menguruskan Akaun Bank MSWP.

Komunikasi Korporat

  1. Mengurus dan bertanggungjawab dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat nasional dan global;
  2. Merancang, melaksana aktiviti peningkatan imej korporat dan perhubungan awam;
  3. Merancang, menyelaras dan melaksana pelan Komunikasi/promosi/publisiti program serta pencapaian;
  4. Mengurus dan mengendalikan perhubungan dengan pihak media;
  5. Menyedia bahan atau maklumat portal MSWP;
  6. Memberi khidmat nasihat mengenai program, nota kepada editor/siaran akhbar dan khidmat nasihat kepada media dalam membuat liputan;
  7. Mengurus dan mengendalikan taklimat mengenai fungsi dan peranan MSWP.
  8. Menyelaras dan mengurusetia persediaan dan pelaksanaan majlis-majlis rasmi MSWP;
  9. Merancang, mengurus, melaksana dan memantau semua urusan berkaitan pelanggan dan aduan yang diterima;
  10. Merancang, menyelaras dan menerbitkan bahan-bahan penerbitan;
  11. Mengendalikan hubungan dan kerjasama dengan organisasi lain dalam meningkatkan imej MSWP.
  12. Memberi khidmat perhubungan dan hal ehwal awam
  13. Bertindak sebagai sekretariat media
  14. Menyelaras dan mengurus hal ehwal publisiti untuk program-program yang dijalankan majlis
  15. Merancang dan mengurus program usaha-usaha untuk mendapatkan penajaan dan sumbangan;
  16. Menyediakan teks ucapan untuk Majlis-majlis Rasmi; dan
  17. Menjadi Urusetia dalam menyediakan Laporan Tahunan MSWP.

Sistem Maklumat

  1. Menguruskan hal-hal yang berkaitan pembangunan sistem/aplikasi/portal;
  2. Merancang, membangun, melaksana dan menyenggara sistem/aplikasi;
  3. Memantau dan sebagai Pentadbir Sistem kepada Sistem SAGA, Sistem Maklumat Atlet, Staf Portal, Sistem Thumbprint dan Sistem Akses Pintu;
  4. Menyenggara dan mengemaskini portal MSWP;
  5. Mempromosi penggunaan sistem aplikasi ICT dan memberi khidmat sokongan;
  6. Memberi latihan penggunaan sistem (train the trainer) kepada kakitangan MSWP;
  7. Mengurus, mereka bentuk dan menyediakan bahan-bahan multimedia berkaitan ICT seperti banting, poster,montaj, backdrop, buku aturcara dan sebagainya untuk hebahan dan majlis-majlis yang berkaitan;
  8. Membangun dan menyelenggara prasarana pengkomputeran, UNIFI/LAN ;
  9. Menganalisis, memantau, melaksana dan penilaian prestasi rangkaian MSWP ;
  10. Mengurus dan mengawal perolehan perkakasan dan perisian, mengawal selia keselamatan ICT, bertindak sebagai Pentadbir Pengkalan Data dan Sistem;
  11. Mengurus tindakan menaik taraf peralatan ICT dan menangani kerosakan;
  12. Menyediakan segala peralatan dan perisian ICT yang diperlukan bagi tujuan melicinkan perjalanan seminar / kursus / latihan dan mesyuarat;
  13. Menguruskan, menyelenggara dan menyimpan peralatan-peralatan ICT di MSWP termasuklah memudahcara urusan pinjaman peralatan-peralatan ICT berkenaan;
  14. Mentadbir urus akaun-akaun emel MyGovuc bagi semua pengguna di MSWP dengan melaksanakan kerja pentadbiran emel seperti pewujudan, pengemaskinian, pengarkiban dan penghapusan akaun emel MyGovuc.