Asas Penubuhan MSKP

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971 (Akta 29) iaitu sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan melalui Subkaedah 4(b) Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pengubahsuaian) 2006 telah menetapkan peranan MSWP untuk menubuhkan Majlis Sukan Kawasan Pentadbiran (MSKP).

Peranan MSKP

  1. Membantu melaksanakan program pembangunan sukan di peringkat akar umbi
  2. Mengenalpasti pusat latihan sukan sedia ada dan membantu menyediakan kemudahan latihan di Kawasan masing-masing
  3. Menganjurkan program atau aktiviti sukan di kalangan masyaratakt setempat sekali gus menjadi medium menggerakkan Cakna Sukan di Wilayah Persekutuan

Majlis Sukan Kawasan Pentadbiran terdiri kepada tiga (3) kawasan:

  1. Majlis Sukan Kawasan Pentadbiran Kuala Lumpur
  2. Majlis Sukan Kawasan Pentadbiran Putrajaya
  3. Majlis Sukan Kawasan Pentadbiran Labuan