logo 1200x1200 with bckground2 01
logo 1200x1200 with bckground2 01

BSW dan Pelapis

Pengenalan program pembangunan bakat akar umbi MSWP yang dikenali sebagai Bakat Sukan Wilayah (BSW) merupakan program untuk melahirkan atlet pelapis yang berkualiti untuk mewakili Wilayah Persekutuan ke Temasya SUKMA. Program BSW merangkumi 17 sukan teras serta 3 sukan pilihan.  Program BSW tertumpu untuk menyediakan peluang bagi atlet muda berumur 12 sehingga 21 tahun yang telah dipilih melalui proses pengenalpastian bakat (Talent Identification). Pogram BSW juga dijalankan untuk memastikan atlet pelapis dapat berlatih secara terancang dengan dibantu jurulatih yang dilantik oleh MSWP di Pusat Latihan Negeri (PLN) dan Pusat Latihan Daerah (PLD) yang berdaftar. Program BSW turut memperoleh sokongan yang baik daripada pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Negeri di ketiga-tiga wilayah. 

Pecahan Sukan yang terlibat

SUKAN TERAS

  1. Akuatik Renang
  2. Akuatik Terjun
  3. Badminton
  4. Berbasikal
  5. Boling Padang
  6. Gimnastik Artistik
  7. Gimrama
  8. Karate
  9. Memanah
  10. Menembak
  11. Olahraga
  12. Pelayaran
  13. Silat
  14. Skuasy
  15. Tenpin Boling
  16. Tinju

SUKAN PILIHAN

  1. Angkat Berat
  2. Judo
  3. Petanque

Maklumat perhubungan

Encik Asrezza bin Abas
No tel : 03-88926692
Emel : asrezza[at]wipers.gov.my

Bil Atlet BSW : 808 orang

Maklumat Jurulatih BSW : 56 Orang