WIPERS Performance Center 01
WIPERS Performance Center 01

WiPers Performance Center

Wipers Performance Center di uruskan oleh Bahagian Fasiliti dan Sains Sukan yang memberikan program sokongan dan keperluan buat atlet serta jurulatih menjalani latihan dengan baik dan sistematik. Bagi memastikan latihan berjalan dengan lancar, keperluan fasiliti latihan perlu dilengkapkan mengikut keperluan setiap sukan. MSWP telah menjalankan kerjasama yang baik bersama PBT Wilayah Persekutuan dalam menyediakan fasiliti latihan yang lengkap dan bertaraf antarabangsa.

Selain itu, sokongan sains sukan juga disediakan bagi memastikan latihan sampingan yang membantu dalam peningkatan prestasi setiap atlet. Program sokongan yang menjadi keutamaan dalam sokongan sains sukan ialah latihan suaian fizikal dan kecergasan, ujian kecergasan, pemeriksaan fizikal atlet, pemulihan kecederaan sukan dan latihan psikologi sukan. Bahagian Fasiliti dan Sains Sukan telah melantik Jurulatih Kecergasan Sukan, Pegawai Perubatan, Ahli Fisioterapi Sukan dan Jurulatih Psikologi dalam memastikan program berjalan dengan lancar dan sistematik.

PROGRAM BAHAGIAN SAINS SUKAN DAN FASILITI

1. Program Latihan Suaian Fizikal Dan Kecergasan

Program Latihan Suaian Fizikal adalah merangkumi latihan bebanan dan suaian fizikal kepada atlet Wilayah Persekutuan. Plan latihan ini akan disediakan oleh Unit Sains Sukan dan Fasiliti melalui Jurulatih Kecergasan lantikan MSWP. Program ini bertujuan bagi memastikan atlet dalam keadaan bersedia dan mengurangkan risiko kecederaan. Perancangan latihan ini dijalankan melalui perbincangan awal bersama Jurulatih Sukan dalam memastikan keperluan umum dan spesifik dalam sukan tertentu. Selain itu, semasa tempoh PKP jurulatih kecergasan telah menyediakan perancangan latihan secara dalam talian dan juga dalam bentuk penyediaan video bagi rujukan jurulatih dan atlet Wilayah Persekutuan. 

Sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara, atlet Wilayah Persekutuan telah menjalani latihan dalam keadaan norma baru dan melibatkan pelbagai bentuk latihan yang telah diprogramkan oleh pasukan jurulatih kecergasan.

Bagi memastikan tahap kecergasan atlet sentiasa berada tahap terbaik, Bahagian Fasiliti dan Sains Sukan bersama pasukan jurulatih kecergasan telah merancang dan melaksanakan rujukan latihan bagi kegunaan latihan hari walaupun semasa berada dirumah sepanjang tempoh pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelan latihan ini dapat membantu atlet dalam memastikan kecergasan tahap kecergasan dalam keadaan terbaik dan membantu jurulatih dalam merangka kepelbagaian latihan. 

Selain itu, latihan suaian fizikal juga telah dilaksanakan secara dalam talian. Program latihan ini bertujuan adalah untu menyediakan latihan yang lebih spesifik dan efektif. Program latihan ini telah dilaksanakan oleh pasukan jurulatih kecergasan dan telah disertai oleh beberapa sukan di bawah kelolaan MSWP. Melalui latihan ini, atlet dapat menjalani latihan dengan lebih efektif dan dapat memastikan pergerakan dan teknik yang dilakukan adalah tepat dan berkesan kepada atlet.

Video latihan yang disediakan bagi rujukan jurulatih dan atlet 1

Beberapa pergerakan yang dilakukan oleh atlet semasa latihan dalam talian

Latihan atlet sukan Wushu secara dalam talian bersama jurulatih kecergasan

Jurulatih Kecergasan menunjukan pergerakan dan contoh latihan dalam video latihan

Latihan suaian fizikal bagi atlet sukan Tenpin Boling

Latihan bebanan di gimnasium dalam memastikan kekuatan untuk bahagian atas atlet

Latihan Keseimbangan Yang Dijalankan Oleh Atlet Sukan Hoki

Latihan suaian fizikal juga penting bagi mengurangkan risiko kecederaan

2. Program Ujian Kecergasan Atlet

Ujian kecergasan adalah asas dalam persediaan atlet bagi menjalani latihan dan menyertai kejohanan. Ujian Kecergasan akan dijalankan oleh Jurulatih MSWP dengan bertujuan mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan tahap kecergasan atlet Wilayah Persekutuan sebelum program latihan khusus dirancang. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam program ujian kecergasan, jurulatih kecergasan dapat merancang program latihan untuk atlet bagi memastikan tahap kecergasan atlet berada dalam keadaan yang terbaik dan meningkat sepanjang tempoh latihan.

Ujian tekan tubi oleh atlet dan diperhatikan oleh jurulatih kecergasan

Atlet Bola Tampar menjalani ujian lompatan dalam sesi ujian kecergasan

Atlet sukan di WP Labuan sedang bersedia bagi menjalani latihan

Penerangan berkaitan ujian kecergasan daripada jurulatih kecergasan

Persediaan jurulatih kecergasan sebelum ujian dimulakan

Ujian kecergasan juga melibatkan ujian ketahanan kardiovaskular

3. Pemeriksaan Kecederaan Dan Kesihatan

Ujian kecergasan adalah asas dalam persediaan atlet bagi menjalani latihan dan menyertai kejohanan. Ujian Kecergasan akan dijalankan oleh Jurulatih MSWP dengan bertujuan mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan tahap kecergasan atlet Wilayah Persekutuan sebelum program latihan khusus dirancang. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam program ujian kecergasan, jurulatih kecergasan dapat merancang program latihan untuk atlet bagi memastikan tahap kecergasan atlet berada dalam keadaan yang terbaik dan meningkat sepanjang tempoh latihan.

Penerangan daripada Dr. Nik Haziman berkaitan status kecederaan atlet

Jurulatih juga hadir dalam sesi rawatan dan pemulihan atlet

Pemeriksaan kesihatan dan fizikal atlet Silat Wilayah Persekutuan

Pemeriksaan kesihatan dan fizikal kepada atlet di WP Labuan

4. Perkhidmatan Pemulihan Kecederaan Sukan

Ujian kecergasan adalah asas dalam persediaan atlet bagi menjalani latihan dan menyertai kejohanan. Ujian Kecergasan akan dijalankan oleh Jurulatih MSWP dengan bertujuan mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan tahap kecergasan atlet Wilayah Persekutuan sebelum program latihan khusus dirancang. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam program ujian kecergasan, jurulatih kecergasan dapat merancang program latihan untuk atlet bagi memastikan tahap kecergasan atlet berada dalam keadaan yang terbaik dan meningkat sepanjang tempoh latihan.

Urutan sukan juga penting dalam program pemulihan kecederaan

Atlet menjalani rawatan pemulihan bersama pasukan perubatan MSWP

Pegawai Perubatan membantu atlet dalam sesi latihan pemulihan

Pegawai Perubatan MSWP menjalankan sesi latihan pemulihan kepada atlet Hoki Wilayah Persekutuan

5. Latihan Psikologi Sukan

Ujian kecergasan adalah asas dalam persediaan atlet bagi menjalani latihan dan menyertai kejohanan. Ujian Kecergasan akan dijalankan oleh Jurulatih MSWP dengan bertujuan mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan tahap kecergasan atlet Wilayah Persekutuan sebelum program latihan khusus dirancang. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam program ujian kecergasan, jurulatih kecergasan dapat merancang program latihan untuk atlet bagi memastikan tahap kecergasan atlet berada dalam keadaan yang terbaik dan meningkat sepanjang tempoh latihan.

Perbincangan Dr. Mazlan Ismail bersama jurulatih sukan petanque semasa sesi latihan psikologi

Dr. Mazlan Ismail bersama pasukan Bola Jaring Wilayah Persekutuan

Latihan psikologi penting dalam memastikan atlet sentiasa focus semasa bertanding

Penerangan program latihan psikologi daripada jurulatih psikologi MSWP kepada atlet bola tampar

6. Pusat Latihan Atlet Wilayah Persekutuan

Ujian kecergasan adalah asas dalam persediaan atlet bagi menjalani latihan dan menyertai kejohanan. Ujian Kecergasan akan dijalankan oleh Jurulatih MSWP dengan bertujuan mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan tahap kecergasan atlet Wilayah Persekutuan sebelum program latihan khusus dirancang. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam program ujian kecergasan, jurulatih kecergasan dapat merancang program latihan untuk atlet bagi memastikan tahap kecergasan atlet berada dalam keadaan yang terbaik dan meningkat sepanjang tempoh latihan.

Sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara Malaysia dan kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membentung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara. Oleh itu, segala aktiviti sukan telah dijalankan berdasarkan perspektif baru dengan melaksanakan “Quarantine Based Approach”. Dengan kerjasama semua bahagian di MSWP, Bahagian Fasiliti dan Sains Sukan bersama-sama dalam menjayakan program tersebut yang bertempat di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur. Bahagian Fasiliti dan Sains Sukan berperanan dalam memastikan fasiliti yang digunakan dalam keadaan selamat di samping pelaksanaan SOP latihan QBA dipatuhi. Bahagian Fasiliti dan Sains Sukan juga bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan rawatan dan perubatan semasa kem latihan QBA berlangsung.

Ahli fisioterapis menjalankan rawatan pemulihan kecederaan kepada altet Wilayah Persekutuan

Altet renang Wilayah Persekutuan menjalani pemeriksaan kecederaan

Atlet WP Labuan menjalani latihan di gimnasium

Lawatan kerja MSWP ke fasiliti sukan DBKL bersama pengurusan tertinggi DBKL

Lawatan Pengarah MSWP ke pusat latihan sukan kayak di Putrajaya

Pegawai perubatan menerangkan status kecederaan kepada pegawai penyelaras jurulatihdan atlet

Pengarah meluangkan masa di bilik rawatan semasa kem latihan berlangsung

Penyerahan peralatan bagi kegunaan gimnasium WiPERS Labuan

7. Webinar Pendidikan Sains Sukan

Sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara Malaysia dan kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membentung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara. MSWP telah mengambil inisiatif dan mengambil kesempatan meningkatkan pengetahuan kesedaran atlet dan jurulatih dalam pengetahuan sains sukan. Menerapkan konsep sains sukan dalam latihan dan kehidupan seharian seorang atlet adalah penting bagi memastikan atlet sentiasa berada dalam keadaan terbaik walaupun berada dalam situasi pandemik Covid-19.

Sport Science Talk

Sport Science Talk

Webinar Kecederaan Sukan

Webinar Kecederaan Sukan

Webinar Pemakanan Sukan

Webinar Pemakanan Sukan

Webinar Practice In Mind Psikologi

Webinar Practice In Mind Psikologi