logo 1200x1200 with bckground 06
logo 1200x1200 with bckground 06

Program WiPers ACE

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan dan masa depan atlet kontinjen Wilayah Persekutuan yang majoritinya masih berumur 21 tahun ke bawah dan masih berada di peringkat persekolahan dan universiti.

Oleh kerana itu, program yang dinamakan Wilayah Persekutuan Athlete, Career And Education atau dikenali dengan WiPers ACE diwujudkan bagi menjaga kebajikan atlet serta memberikan sokongan tambahan kepada atlet Wilayah Persekutuan dalam tiga bidang utama iaitu pendidikan, kerjaya dan kebajikan.

3 Bidang Utama

PENDIDIKAN

MSWP mencari peluang untuk mengadakan siri taklimat, ceramah, bengkel dan kursus kepada para atlet bagi mempersiapkan diri mereka untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma mahupun Ijazah/Sarjana Muda. Para atlet juga akan didedahkan dalam bidang kemahiran yang boleh mereka ceburi.

MSWP juga membantu dalam menyediakan laluan khas bagi atlet Wilayah Persekutuan untuk menyambung pengajian dalam bidang tertentu menerusi Kementerian Pengajian Tinggi.

KERJAYA

MSWP membantu dalam menyediakan kursus persediaan pekerjaan bagi persiapan atlet Wilayah Persekutuan menghadapi dunia pekerjaan. Dengan kerjasama daripada Rakan Strategik sedia ada, MSWP juga membantu dalam mencari padanan temuduga bagi memberi lebih peluang kepada atlet Wilayah Persekutuan untuk membina kerjaya masing-masing.

KEBAJIKAN

MSWP sentiasa menitik beratkan isu kebajikan di kalangan atlet Wilayah Persekutuan. Oleh kerana itu, MSWP menyediakan skim insurans bagi melindungi atlet Wilayah Persekutuan sepanjang tempoh latihan. Atlet Wilayah Persekutuan turut menerima bantuan persekolahan, bantuan melanjutkan pengajian dan juga bantuan bencana khas seperti bantuan bekal kit makanan bagi keluarga yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika berlakunya pandemik Covid-19.

Pakej Manfaat Atlet

  1. ELAUN ATLET
  2. INSENTIF PELAJARAN
  3. INSURANS
  4. KAD DISKAUN
  5. BANTUAN KEJOHANAN
  6. MAKANAN TAMBAHAN 
  7. SOKONGAN PERALATAN SUKAN
  8. INSENTIF KEMENANGAN SUKMA
  9. RAWATAN DAN REHABILITASI SUKAN

Maklumat perhubungan

Puan Jumiati binti Rosly
No Tel : 03-88926622
Emel  : jumiati[at]wipers.gov.my

Puan Norazawana binti Abu Bakar
No Tel  : 03-88926613
Emel   : azawana[at]wipers.gov.my

Encik Maliki bin Ibrahim
No tel  : 03-88926617
Emel   : maliki[at]wipers.gov.my