Majlis Penyerahan Bantuan Madani Kepada Badan Sukan Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya
YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyampaikan Bantuan MADANI berjumlah RM282,000 kepada 86 Badan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlangsung pada 5 Mac 2024. YB turut menyampaikan Watikah Pelantikan Pengurus Pasukan Kontinjen Wilayah Persekutuan yang akan ke SUKMA di Sarawak pada Ogos ini.