ASWP 2021-2022

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2021 – 2023 Anugerah Olahragawan : Muhammad Erry Hidayat (Angkat Berat) Anugerah Olahragawati: Ng Joe Ee (Gimrama) Anugerah Olahragawan Harapan: Muhammad Khairi Adib Bin Azhar (Silat) Anugerah Olahragawati Harapan: Ain Najwa Binti Muhamad Basri Darul (Silat) Anugerah Para Lelaki: Lee Chee Hong (Boccia) Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik…

Read more

INSENTIF KEMENANGAN SUKAN SEA KE-32 KEMBOJA & SUKAN ASIA KE-19 HANGZHOU 2022 WILAYAH PERSEKUTUAN

Atlet WiPers yang beraksi cemerlang pada Sukan SEA Ke-32 Kemboja & Sukan Asia Ke-19 menerima insentif berjumlah RM164,600 yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim. Dalam Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan SEA Ke-32 Kemboja 2023 & Sukan Asia Ke-19 Hangzhou 2022 Wilayah Persekutuan yang berlangsung pada 8 November…

Read more

Sesi Bersama Pengarah MSWP

Sesi Bersama Pengarah MSWP yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Jabatan Wilayah Persekutuan. Sebanyak 83 badan sukan di Kuala Lumpur dan Putrajaya hadir pada sesi ini. Sesi ini diadakan sebelum Majlis Penyampaian Bantuan MADANI Kepada Badan Sukan Kuala Lumpur dan Putrajaya Tahun 2023 yang diadakan pada 8 Ogos 2023.

Read more

Datuk P Arivalagan

Nama Presiden Persatuan Karate Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk P Arivalagan memang cukup dikenali dalam sukan karate. Bermula sebagai atlet karate dengan memenangi 7 pingat emas sehinggalah kini menabur khidmat dengan melahirkan puluhan ribu anak didik di dalam sukan karate terutama sekali di Wilayah Persekutuan. Terima kasih Datuk Arivalagan Karate yang memberi sokongan pada rakan…

Read more

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 anjuran Perbadanan Putrajaya bersama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) telah berlangsung di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada pagi ini. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Zulhelmi bin Amran, Encik Muhammad Saifuddin bin Harizon dan Puan Nur Diyana binti Zaki yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MSWP bagi tahun…

Read more

Selamat Maju Jaya

Selamat maju jaya buat bekas atlet WiPers – Norsyafiq Sumantri, Muhammad Shahril Saabah dan Muhamad Ramadan Rosli yang terpilih mewakili Speedy Tigers di Piala Dunia 2023. Kami mendoakan kejayaan seluruh pasukan apabila Speedy Tigers akan berdepan perlawanan pertama pada Sabtu ini di India. All the best!

Read more

Hari Keluarga MSWP

Meriahnya Hari Keluarga MSWP yang berlangsung pada 7 Januari 2023 di Taman Botani Putrajaya. Dengan bertemakan MSWP Magical Moments, program anjuran Kelab Sukan MSWP dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Shah Alam (FSR) UiTM itu menganjurkan pelbagai aktiviti permainan bagi seisi keluarga. Sekalung penghargaan buat Dekan FSR, Profesor Dr Mohad Anizu Mohd Nor yang…

Read more

Majlis Penyampaian Insentif kepada Atlet dan Jurulatih Wilayah Persekutuan 2022

Keseluruhan insentif berjumlah RM1.096 juta disampaikan kepada 358 atlet dan jurulatih Wilayah Persekutuan yang beraksi cemerlang pada tahun ini. Insentif yang disampaikan ini melibatkan penyampaian kepada atlet Wilayah Persekutuan yang memenangi pingat pada temasya yang berlangsung pada tahun ini termasuklah pada Sukan Komanwel ke-22 di Birmingham, Sukan Perpaduan Islam ke-5 di Konya, Sukan SEA ke-31…

Read more

Atlet Terjun WiPers

Aksi penerjun WiPers, Nurqayyum Nazmi dan juga Yong Rui Jie yang masing-masing menamatkan saingan platform lelaki di tempat keempat dan kelima pada hari terakhir sukan terjun dipertandingkan. skuad terjun WiPers menamatkan saingan pada SUKMA XX MSN 2022 dengan mengumpul 1 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa. Syabas diucapkan buat semua!

Read more

Atlet Bola Jaring WiPers

Pasukan bola jaring WiPers menempah tiket ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Perak 66-42 dalam perlawanan di Stadium Juara, Bukit Kiara pada pagi ini. Perlawanan separuh akhir akan berlangsung esok pada pukul 10 pagi. Jom hadir beramai-ramai memberikan sokongan.

Read more

Bola Sepak WiPers

Semi final here we come. Kejayaan pusingan suku akhir menentang Johor yang diheret hingga ke penentuan sepakan penalti membolehkan pasukan bola sepak WiPers melangkah ke pusingan separuh akhir. Terima kasih YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan yang memberikan sokongan padu buat pasukan. WiPers WiJuara!

Read more

Olahraga WiPers

Skuad olahraga WiPers menceriakan kem WiPers apabila menghadiahkan 1pingat emas menerusi Winnie Eng May Xin (100m lari berpagar wanita) dan 1perak daripada Nur Anis Natasha (lompat bergalah wanita). Tahniah diucapkan! WiPers WiJuara!

Read more

Sukan Gimnastik

Sejarah tercipta! Pasukan gimnastik wanita WiPers melakar sejarah dengan memenangi pingat emas selepas 26 tahun ketandusan emas. Kali terakhir pasukan gimnastik wanita WiPers memenangi pingat adalah pada tahun 1996. Tahniah dan syabas diucapkan buat semua!

Read more

Perbarisan Kontinjen Wilayah Persekutuan

WiPers WiJuara! Kontinjen WiPers yang diketuai pembawa bendera, Steve Khiew dari sukan renang dan juga Timbalan Ketua Kontinjen, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas mengetuai perbarisan kontinjen WiPers pada Majlis Perasmian oleh YAB Perdana Menteri di UKM malam ini. YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim turut memberikan sokongan padu kepada kontinjen WiPers. Semoga hasrat…

Read more

Bola Keranjang WiPers

Tahniah pasukan bola keranjang lelaki WiPers yang memenangi perlawanan pertama hari ini. Ketua Kontinjen, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar turut hadir memberikan sokongan pada perlawanan hari ini di Stadium MABA. Keep up the good work everyone! BOLA KERANJANG 5 ON 5LELAKI -PUSINGAN AWALKEPUTUSAN– WP – 87 | 57 – MELAKA– MENANG

Read more

Pasukan Golf WiPers

Timbalan Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas dan Pengarah Operasi Kontinjen, Dr Hasnul Faizal Hushin Amri menghadiri sesi penyerahan peralatan pasukan Golf WiPers di KGPA serta memberikan kata-kata semangat bagi atlet golf yanh akan mula bertanding pada 20 September ini. Go go WiPers Go!

Read more

Skuad wushu WiPers

Skuad wushu WiPers meneruskan rentak dengan menambah satu lagi pingat perak pada sebelah pagi ini. Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar turut hadir memberikan sokongan kepada skuad wushu yang bertanding pada SUKMA XX MSN 2022.

Read more

Bola Keranjang WiPers

Timbalan Pengarah MSWP, Puan Nabilah Zakaria mengadakan pertemuan bersama pasukan bola keranjang WiPers yang akan menggalas cabaran pada SUKMA 2022 bermula 15 hingga 23 Sept 2022. #SukanMalaysia2022#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#BakatWiPers

Read more

Atlet Lawn Bowl WiPers

Timbalan Ketua Kontinjen WiPers, Tn Haji Rithuan bin Mohd Ismail mengadakan pertemuan dan memberikan suntikan semangat kepada atlet lawn bawl WiPers di Arena Lawn Bowl Bukit Kiara. #SukanMalaysia2022#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#BakatWiPers

Read more

Skuad kanu WiPers

Skuad kanu WiPers menerima kunjungan Ketua Kontinjen, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar yang memberikan kata-kata semangat kepada atlet semasa menyaksikan sesi latihan hari ini. #SukanMalaysia2022#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#BakatWiPers

Read more

Medic WiPers

Siap Siaga Berkhidmat Demi WiPers!Medic WiPers diketuai oleh CMO Kontinjen Wilayah Persekutuan, Dr Nik Haziman Hamat dengan kekuatan seramai 25 orang petugas perubatan sukan terlatih sudah mula memberikan perkhidmatan kepada atlet WiPers sepanjang SUKMA ke-20 MSN 2022 berlangsung. #SukanMalaysia2022#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#bakatWiPers

Read more

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XX MSN 2022

Semangat WiPers WiJuara mulai terasa pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XX MSN 2022 yang berlangsung pada 6 September 2022 semalam. YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan memberikan amanat buat kontinjen WiPers sekaligus menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan kepada Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar.Terima kasih juga…

Read more

Fasa 2 KLAS 2022

Fasa 2 KLAS 2022: Kontinjen WiPers telah berkampung semula di UKM bermula 3 Jun sehingga 9 Jun 2022. Pembukaan kem dimulakan dengan Amanat oleh Pengarah MSWP, Dr Hasnul Faizal Hushin Amri, ucapan pengenalan oleh Dr. Hj. Zulkafli Amat, Pengarah Pusat Sukan UKM juga ada sesi taklimat program WiPers ACE oleh Rakan Strategik MSWP, PICOMS International…

Read more

PICOMS buka peluang atlet Wilayah Persekutuan melanjutkan pengajian

PICOMS buka peluang atlet Wilayah Persekutuan melanjutkan pengajian KUALA LUMPUR: Seiring dengan hasrat dalam membantu memastikan kebajikan atlet terjamin, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) bekerjasama dengan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS bagi memberi lebih peluang kepada atlet Wilayah Persekutuan melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Pengerusi MSWP, Datuk Ramlan Askolani dalam ucapannya berkata kerjasama strategik…

Read more

Atlet Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan dalam pertandingan Pencak Silat dan juga Muay pada Karnival Seni Mempertahankan Diri (Pencak Silat dan Muay) Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Perlis

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) berada di Peghelih sempena Karnival Seni Mempertahankan Diri (Pencak Silat dan Muay) Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. Tahniah atlet Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan dalam pertandingan Pencak Silat dan juga Muay pada Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato’ Parang Abai @…

Read more

2 atlet hoki wanita SUKMA Wilayah Persekutuan terpilih mewakili Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan ke Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan

Power lah 2 atlet hoki wanita SUKMA Wilayah Persekutuan terpilih mewakili Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan ke Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan pada 1 hingga 12 April 2022. Good luck!!!Nama Atlet:1. Siti Zalia Binti Nasir2. Kirandeep Kaur A/P Gurdip Singh #teamWiPers#WiPersWiJuara#WiJuara#bakatWiPers#hokimalaysia Photo credit PKS Hoki Universiti Tenaga Nasional

Read more

Kejohanan Menembak Selangor Shooting Championship & 1st Malaysia Junior Shooting Championship 2022

Kejohanan Menembak Selangor Shooting Championship & 1st Malaysia Junior Shooting Championship 2022Tarikh : 23 – 27 Mac 2022Tempat : Lapang Sasar Menembak, Subang, SelangorKeputusan: 23 Mac 2022 (Hari Pertama)Kategori:1. Air Pistol Lelaki Junior:- Muhammad Rifdi (Emas: 565 mata)- Muhammad Hakimi (Ke-5: 558 mata)- Amir Safwan (Ke-13: 544 mata)- Abdul Haiqal (Ke-17: 539 mata)2. Air Pistol…

Read more

Tahniah kepada petinju Wilayah Persekutuan!!

Tahniah kepada petinju Wilayah Persekutuan yang mencipta kejayaan pada Kejohanan Muay Elit Senior & Junior Kebangsaan 2022 di Kota Baharu, Kelantan semalam! Keputusan Peringkat Akhir: Kategori 48kg Lelaki Junior – Insyad Rumijam (MUAYPJ) Kategori 48kg Lelaki – Muhd Hairie (KL) Kategori 67kg Lelaki – A’mmarul Shafiq (KL) Kategori 71kg Lelaki – Mohd Shahrul Hakim (MUAYPJ)…

Read more

Tahniah Badang WiPers!!

Hebat Badang WiPers membawa pulang keseluruhan 7 pingat emas dan 4 perak pada Kejohanan Angkat Berat Senior, Junior & Youth Kebangsaan 2022 di Jasin, Melaka pada hari terakhir hari ini. Tahniah semua atlet angkat berat Wilayah Persekutuan! WiPers Power! Keputusan hari keempat: Abdilla Iyad (Emas) Kategori junior 102kgAhmad Fadhil (Emas)Kategori senior 109+kg

Read more

2 Pingat Emas dan 2 Perak hari ketiga Kejohanan Angkat Berat Senior, Junior & Youth Kebangsaan 2022

Pasukan Angkat Berat Wilayah Persekutuan menambah 2 lagi Pingat Emas dan 2 Perak di sebelah petang hari ketiga Kejohanan Angkat Berat Senior, Junior & Youth Kebangsaan 2022 di Jasin, Melaka. tahniah diucapkan kepada Badang WiPers! Kategori 81kg:Izzat Ismail (senior) – Emas Elvin Hidayat (junior) – Perak Abqari Azhar (youth) – Perak Kategori 89kg:Syahmi (junior) –…

Read more

Soh Wooi Yik yang juga pemain Badminton Wilayah Persekutuan bersama pasangannya, Aaron Chia dikurniakan Darjah Kesatria Mahkota Wilayah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2022 bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022

Pemenang Pingat Gangsa pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Soh Wooi Yik yang juga pemain Badminton Wilayah Persekutuan bersama pasangannya, Aaron Chia dikurniakan Darjah Kesatria Mahkota Wilayah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2022 bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 hari ini. Semoga Pengurniaan Pingat ini menjadi pencetus semangat bagi menghadapi…

Read more

Tahniah buat semua pemenang Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Wilayah Persekutuan Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022

Tahniah kepada Pasukan Terengganu B dan pasukan WIPERS B yang muncul juara bagi kategori Regu Terbuka Wanita dan Regu Terbuka Lelaki pada Final Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Wilayah Persekutuan Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang berlangsung di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari Presint 18 Putrajaya pada 4-6 Februari 2022.

Read more

Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Wilayah Persekutuan Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022

Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Wilayah Persekutuan Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 telah pun membuka tirainya hari ini di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari Presint 18 Putrajaya. YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan turut meluangkan masa bersama para peserta pada Majlis Perasmian pada pagi ini. Jangan lupa untuk bersama-sama memberikan sokongan dalam Kejohanan…

Read more

Larian Bendera Wilayah Persekutuan dan Queen’s Baton Sukan Komanwel 2022

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato’ Parang Abai @ Thomas bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan menerima serahan Bendera Wilayah Persekutuan dan juga Queen’s Baton sebagai tanda simbolik kemuncak acara Larian Bendera Wilayah Persekutuan & Queen’s Baton di Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini. Terima kasih kepada sokongan berterusan daripada Kementerian Wilayah…

Read more

Sekitar Simposium Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021

3 hari Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021 telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutupan dirasmikan oleh Dato’ Haji Che Roslan Bin Che Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021. Pada majlis penutupan pada petang ini juga, PESAKA Kuala Lumpur, PESAKA Putrajaya dan…

Read more

Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Wilayah Persekutuan dan Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini

Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Wilayah Persekutuan dan Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini dirasmikan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim. YB Menteri Wilayah Persekutuan, bersama-sama YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias juga turut menyertai acara 3 km Jalan Kaki dan mencuba pelbagai…

Read more

Personel Short-Term Employment Program (MYSTEP) PPTM Gred FA29

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan Personel Short-Term Employment Program (MYSTEP) sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Tarikh tutup adalah pada 12 Oktober 2021 (Selasa). Pemohon perlulah mengisi Borang Permohonan Jawatan MSWP secara atas talian. Pemohon yang berkelayakan perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan secara atas talian.…

Read more

Personel Short-Term Employment Program (MYSTEP) Cawangan Labuan

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan Personel Short-Term Employment Program (MYSTEP) di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan cawangan Labuan. Tarikh tutup adalah pada 10 Oktober 2021 (Ahad). Pemohon perlulah mengisi Borang Permohonan Jawatan MSWP secara atas talian. Pemohon yang berkelayakan perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan secara atas talian. Bil Perkara Pautan 1 Iklan…

Read more

Pembantu Awam Gred H11

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pembantu Awam Gred H11 (Kontrak) di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan cawangan Labuan. Tarikh tutup adalah pada 30 September 2021 (Khamis). Pemohon perlulah mengisi Borang Permohonan Jawatan MSWP secara atas talian. Pemohon yang berkelayakan perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan secara atas talian serta mengemukakan sekeping gambar bersaiz…

Read more

Majlis Penyampaian Insentif kepada Atlet Wilayah Persekutuan, Soh Wooi Yik yang telah mengharumkan Negara dengan memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020

Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim menyampaikan insentif sebanyak RM50,000 kepada pemain badminton negara, Soh Wooi Yik yang mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo dalam acara beregu lelaki Turut menyaksikan sesi penyerahan di Menara DBKL itu ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Setiausaha…

Read more

Team Wipers Discount Card

Atlet dan jurulatih di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) kini boleh menggunakan Team Wipers Discount Card untuk pembelian pelbagai jenama sukan di bawah rakan strategik MSWP, Paragon Vest. Jangan lupa dapatkan keistimewaan diskaun produk sehingga 50 peratus untuk pembelian secara online ini. Layari laman web www.sportsparagon.com untuk pembelian.

Read more

TEKNIK ASAS SQUAT

Senaman ‘squat’ memang diminati ramai terutama sekali dikalangan wanita yang mahukan postur badan yang menarik. Video Senaman Untuk Komuniti pada minggu ini akan menunjukkan teknik ‘squat’ yang betul dan juga variasi dalam melakukan squat. Keep fit everyone! #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT

Read more

Teknik Push Up

Bagi sesiapa yang ingin menambah kekuatan bahagian upper body anda boleh mencuba melakukan latihan push up. Video Senaman Untuk Komuniti Wilayah Persekutuan pada minggu ini akan menunjukkan teknik yang betul dalam melakukan push up. Selamat mencuba. Keep fit everyone! #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT

Read more

How To Perform The Basic Plank

Nampak mudah tetapi senaman plank ni banyak manfaatnya jika dilakukan dengan betul. Antaranya dapat perbaiki kesimbangan dan postur badan, serta dapat mengempiskan lemak di perut. Jadi sempena WIPERS Staff Plank Challenge pada 1 Julai 2021 dan WIPERS Athletes Plank Challenge pada 3 Julai 2021 ini, mari berkongsi panduan cara melakukan plank yang betul. Let’s Keep…

Read more