Frequently Asked Questions

ANTARA KURSUS YANG DIJALANKAN OLEH MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN SEPERTI :

  1. Kursus Badan Sukan,
  2. Kursus Sains Sukan,
  3. Kursus Pengurusan Sukan,
  4. Kursus Kecederaan Sukan dan sebagainya.

 

Saudara/Saudari boleh menghubungi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di talian 03-8892 6600 dan menghantar surat permohonan ke Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan menumpukan kepada 4- 5 jenis sukan keseluruhannya dan daripada jumlah itu, 19 dijadikan sukan teras yang diberikan keutamaan dalam penyediaan atlet Wilayah.

 

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan menetapkan syarat umur tertentu untuk menjadi seorang atlet berdasarkan syarat Sukan Malaysia (SUKMA) iaitu atlet tersebut mestilah berumur 21 tahun dan ke bawah.

Atlet yang telah disenaraikan sebagai skuad SUKMA akan diberikan :

  1. Elaun latihan setiap bulan
  2. Dilindungi insuran
  3. Diberikan kemudahan latihan
  4. Pakaian latihan
  5. Tempat latihan
  6. Jurulatih yang berkelayakan
  7. Insentif jika mendapat pingat EMAS di SUKMA
  8. Latihan keluar Negara bagi yang berkelayakan.
  9. Kursus Sukan

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan SUKMA, Atlet, Jurulatih dan sebagainya boleh menghubungi Encik Fadzlan Naim Bin Anuar di talian 03-8892 6618.

Individu yang berminat untuk menyertai program boleh menghadiri sesi pencarian bakat (Talent Identification) yang diadakan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Individu juga boleh menghubungi pegawai Majlis Sukan Wilayah Persekutuan atau pihak persatuan sukan yang berdaftar di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan untuk maklumat lanjut.

Atlet yang dipilih untuk berada di bawah program ini adalah seperti berikut:

  • Berumur 21 tahun ke bawah pada tahun SUKMA dianjurkan.
  • Atlet kelahiran atau bermastuatin di Wilayah Persekutuan.
  • Mencapai had kelayakan yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
  • Mengekalkan prestasi dan kedudukan semasa sehingga Temasya Sukan Malaysia.
  • Bebas daripada masalah disiplin.
  • Bebas daripada kecederaan kekal.
  • Bebas daripada penyalahgunaan bahan terlarang.

Tiada sebarang bayaran yang dikenakan bagi atlet yang berdaftar di bawah program Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

Setakat ini, hanya 33 sukan yang dipilih di bawah program WiJuara dan 19 sukan di bawah program Bakat Sukan Wilayah. Bagi pertanyaan lanjut, boleh menghubungi pegawai Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

Bilik rehab MSWP adalah dikhaskan untuk atlet MSWP menerima rawatan berdasarkan temu janji.

Hanya atlet di dalam program dan agensi di bawah JWP sahaja yang dibenarkan. Namun, penggunaan oleh agensi tertakluk pada latihan atlet.