Para SUKMA Selangor 2026 melabuhkan tirainya dengan pencapaian membanggakan buat Kontinjen Wilayah Persekutuan.
Lebih membanggakan, 13 emas yang diraih berjaya melepasi sasaran 12 emas yang ditetapkan. Di sebalik setiap pingat, tersimpan keringat, pengorbanan dan semangat juang seluruh warga TeamWP dalam mengangkat nama Wilayah Persekutuan di persada sukan para negara.
Lebih bermakna, ini merupakan penyertaan sulung TeamWP di bawah satu bendera — satu langkah penting dalam membina kekuatan sukan para Wilayah Persekutuan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada atlet, jurulatih, pegawai dan seluruh pengurusan kontinjen serta Jabatan Wilayah Persekutuan, agensi-agensi, rakan strategik dan seluruh warga Wilayah Persekutuan yang sentiasa memberikan sokongan kepada TeamWP. ❤️
Tahniah dan terima kasih TeamWP!
Anda semua adalah kebanggaan Wilayah Persekutuan!
Selamat tinggal Para SUKMA Selangor 2026.
Kita jumpa lagi di Para SUKMA akan datang! 💙💛❤️
