skyscrapers from low angle view copy 684x1024 copy

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan pembayaran bantuan pembangunan sukan telah diluluskan dan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh mesyuarat;
  2. Memastikan pembayaran elaun atlet dan jurulatih dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripda tarikh perakuan lengkap diterima;
  3. Memberikan maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh penerimaan laporan pertandingan atau program/aktiviti sukan;
  4. Memastikan permohonan perkhidmatan sokongan sains sukan dan perubatan diberikan maklum balas dan diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima;
  5. Mengambil tindakan ke atas aduan daripada persatuan-persatuan sukan/ orang perseorangan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima;
  6. Memastikan bayaran kepada pembekal barangan/perkhidmatan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh penerimaan bil/invois lengkap; dan
  7. Menyediakan dan mengedarkan maklum balas keputusan mesyuarat/perbincangan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas mesyuarat/perbincangan diadakan.