Atlet angkat berat Wilayah Persekutuan, Mohamad Syahmi Nor Ghazali menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara 94kg lelaki pada penampilan sulungnya di Sukan Komanwel Glasgow 2026. Lebih manis, beliau turut mencipta rekod baharu Sukan Komanwel dalam acara clean & jerk menerusi angkatan 197kg.
Kejayaan Syahmi melengkapkan pencapaian cemerlang atlet angkat berat Wilayah Persekutuan di Glasgow 2026 selepas Muhammad Erry Hidayat turut merangkul emas dalam kategori 79kg lelaki. Syabas kepada kedua-dua atlet yang terus mengharumkan nama Wilayah Persekutuan dan Malaysia di pentas antarabangsa!
#teamWP#WiPers#WiJUARA#TeamMalaysia#Glasgow2026#WilayahPersekutuanKita#MalaysiaMADANI

