logo 1200x1200 with bckground 01
logo 1200x1200 with bckground 01

SUKAN PARLIMEN (SUKPAR)

Karnival Sukan Parlimen Wilayah Persekutuan (SUKPAR) mula diadakan pada Oktober 2019 bersempena sambutan Hari Sukan Negara. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) telah mengambil langkah menyemarakkan sambutan pada tahun tersebut dengan mengadakan SUKPAR bagi menyokong dan memeriahkan sambutan serta memberi ruang dan peluang kepada komuniti setempat untuk mengamalkan budaya hidup bersukan.

JADUAL PERTANDINGAN

Dilaksanakan setiap sabtu dan ahad sepanjang bulan Oktober setiap tahun.

Objektif

Objektif pelaksanaan Karnival Sukan Parlimen Wilayah Persekutuan ini adalah

  • Menerapkan amalan budaya bersukan di kalangan komuniti Wilayah Persekutuan;
  • Mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan di kalangan komuniti Wilayah Persekutuan; dan
  • Menjadi platform untuk mengenal pasti bakat baru untuk disenaraikan ke dalam Pelapis Negeri dan SUKMA Wilayah Persekutuan.

Maklumat perhubungan

Encik Mohd Azri Heikal bin Abd. Latif
No Tel : 03-88926623
Emel  : m.azriheikal[at]wipers.gov.my

Encik Muhammad Hisham bin Damiri
No tel : 03-88926604
Emel : hishamdamiri[at]wipers.gov.my