Tahniah badang WiPers Muhammad Erry yang merangkul pingat emas kategori 81kg lelaki sebentar tadi! WiPers WiJuara!
Pasukan bola jaring WiPers menempah tiket ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Perak 66-42 dalam perlawanan di Stadium Juara, Bukit Kiara pada pagi ini. Perlawanan separuh akhir akan berlangsung esok pada pukul 10 pagi. Jom hadir beramai-ramai memberikan sokongan.
Kedudukan pingat semasa Kontinjen WP pada 21 September 2022 semalam.
Sukan muay menamatkan cabaran pada hari terakhir dipertandingkan dengan mengumpul keseluruhan 5 Emas, 3 Perak, 1 Gangsa. Tahniah diucapkan buat semua!
Pesilat WiPers, Ain Najwa berjaya menghadiahkan 1 pingat emas kepada kontinjen pada hari kedua pencak silat dipertandingkan di Dewan Tuanku Canselor USIM, Nilai semalam.
2 pingat emas hari ini dituai badang WiPers. Terima kasih Ketua Kontinjen, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar yang telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah acara angkat berat petang semalam di Kompleks Kejiranan Presint 11.