Kedudukan Pingat Semasa Kontinjen Wilayah Persekutuan pada 20 September 2022.
2 pingat perak daripada penerjun WiPers pada hari pertama dipertandingkan. Tahniah semua. WiPers WiJuara!
Atlet skuasy WiPers, Chan Yiwen berjaya menamatkan dominasi Kedah selama lapan tahun acara perseorangan wanita di SUKMA untuk menghadiahkan pingat emas buat kontinjen WiPers pada hari ini. Tahniah Yiwen!
Semi final here we come. Kejayaan pusingan suku akhir menentang Johor yang diheret hingga ke penentuan sepakan penalti membolehkan pasukan bola sepak WiPers melangkah ke pusingan separuh akhir. Terima kasih YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan yang memberikan sokongan padu buat pasukan. WiPers WiJuara!
Hari pertama akuatik - renang dipertandingkan menyaksikan perenang WiPers mengumpul 2 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa. Congratulations! WiPers WiJuara!
Atlet kanu WiPers mendominasi hari kedua dipertandingkan dengan memenangi 3 pingat emas dan 3 gangsa. Tahniah WiPers! WiPers WiJuara!