Tahniah kepada atlet boling padang WiPers yang menceriakan kem WiPers dengan menghadiahkan 2 pingat emas - men pairs dan women fours
Kedudukan pingat semasa kontinjen WiPers pada 18092022. Go go WiPers Go!
Tahniah atlet menembak WiPers yang menghadiahkan 1 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa pada hari pertama sukan menembak dipertandingkan. Tahniah semua! Keep up the good work. WiPers WiJuara!
Skuad olahraga WiPers menceriakan kem WiPers apabila menghadiahkan 1pingat emas menerusi Winnie Eng May Xin (100m lari berpagar wanita) dan 1perak daripada Nur Anis Natasha (lompat bergalah wanita). Tahniah diucapkan! WiPers WiJuara!
Sejarah tercipta! Pasukan gimnastik wanita WiPers melakar sejarah dengan memenangi pingat emas selepas 26 tahun ketandusan emas. Kali terakhir pasukan gimnastik wanita WiPers memenangi pingat adalah pada tahun 1996. Tahniah dan syabas diucapkan buat semua!
Pasukan karate WiPers menamatkan cabaran di SUKMA XX MSN 2022 dengan merangkul keseluruhan 3 pingat emas, 2 perak dan 4 gangsa. Tahniah dan syabas diucapkan!