Tahniah pasukan silat WiPers yang memenangi 1 pingat emas, 2 perak dan 4 gangsa. Esok 9 lagi pingat emas dipertaruhkan pada hari terakhir SUKMA XX berlangsung. WiPers WiJuara!
Tahniah pasukan kanu WiPers yang mengumpul 4 pingat emas, 16 perak dan 12 gangsa pada SUKMA XX MSN 2022. See u in 2024. WiPers WiJuara!
Tahniah badang-badang WiPers yang merangkul 4 pingat emas dan 2 gangsa. Selamat berehat semua;. WiPers WiJuara!
Syabas dan tahniah kepada gimnas WiPers yang menyapu bersih keseluruhan 7 pingat emas yang ditawarkan di sukan gimrama SUKMA XX MSN 2022 sekaligus menghadiahkan pingat ke-50 kontinjen WiPers semalam. Bravo! WiPers WiJuara
Sukan memanah yang dipertandingkan pada hari terakhir menyaksikan pemanah WiPers, Alia Qursyiah Mazlan merangkul pingat emas acara Recurve Individu Wanita pada hari ini. Tahniah diucapkan! WiPers WiJuara!
Aksi penerjun WiPers, Nurqayyum Nazmi dan juga Yong Rui Jie yang masing-masing menamatkan saingan platform lelaki di tempat keempat dan kelima pada hari terakhir sukan terjun dipertandingkan. skuad terjun WiPers menamatkan saingan pada SUKMA XX MSN 2022 dengan mengumpul 1 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa. Syabas diucapkan buat semua!