Terima kasih Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM di atas segala penerangan pada Taklimat Kemasukan Pelajar Ke UiTM (Laluan Atlet) yang diadakan di Bilik Seminar, MSWP pada 20 Disember 2022. Semoga lebih ramai atlet WiPers berpeluang melanjutkan pengajian pada masa akan datang. #WiPersWiJuara #teamWiPers
Bengkel Sasaran Kerja Tahunan dan Takwim MSWP Tahun 2023 telah diadakan pada 11-13 Disember 2022 bertempat di Hotel Pinetree Marina Resort, Johor Baharu. Selain itu , MSWP juga membuat lawatan penanda aras ke Majlis Sukan Negeri Johor bagi berkongsi pengalaman dan melawat venue-venue di Kompleks Sukan Johor serta The Cage.

Keseluruhan insentif berjumlah RM1.096 juta disampaikan kepada 358 atlet dan jurulatih Wilayah Persekutuan yang beraksi cemerlang pada tahun ini. Insentif yang disampaikan ini melibatkan penyampaian kepada atlet Wilayah Persekutuan yang memenangi pingat pada temasya yang berlangsung pada tahun ini termasuklah pada Sukan Komanwel ke-22 di Birmingham, Sukan Perpaduan Islam ke-5 di Konya, Sukan SEA ke-31 di
Read More

Kelab Sukan MSWP menganjurkan Kursus Ketrampilan Diri oleh AFSM Sewtech Academy dengan penampilan khas, Ramlah Ram. #KelabSukanMSWP #WiPersWiJuara
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat pada SUKMA XX MSN 2022! WiPers WiJuara!
Akuatik menyaksikan kontinjen WiPers menjuarai pungutan pingat keseluruhan dengan 11 pingat emas 11 perak dan 3 gangsa. Syabas semua. WiPers WiJuara!