YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyampaikan Bantuan MADANI berjumlah RM282,000 kepada 86 Badan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlangsung pada 5 Mac 2024. YB turut menyampaikan Watikah Pelantikan Pengurus Pasukan Kontinjen Wilayah Persekutuan yang akan ke SUKMA di Sarawak pada Ogos ini.

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2021 - 2023 Anugerah Olahragawan : Muhammad Erry Hidayat (Angkat Berat) Anugerah Olahragawati: Ng Joe Ee (Gimrama) Anugerah Olahragawan Harapan: Muhammad Khairi Adib Bin Azhar (Silat) Anugerah Olahragawati Harapan: Ain Najwa Binti Muhamad Basri Darul (Silat) Anugerah Para Lelaki: Lee Chee Hong (Boccia) Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik : Pasukan Kanu Anugerah Pasukan Wanita Terbaik
Read More

Atlet WiPers yang beraksi cemerlang pada Sukan SEA Ke-32 Kemboja & Sukan Asia Ke-19 menerima insentif berjumlah RM164,600 yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim. Dalam Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan SEA Ke-32 Kemboja 2023 & Sukan Asia Ke-19 Hangzhou 2022 Wilayah Persekutuan yang berlangsung pada 8 November 2023
Read More

Pelbagai program yang diadakan pada sebelah pagi bersempena dengan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jurulatih MSWP 2023 yang berlangsung hari ini termasuklah Amanat Pengarah MSWP, ujian kesihatan dan ceramah psikologi. #WiPersWiJuara #teamWiPers #WiJuara #bakatWiPers #MalaysiaMADANI
Sejumlah RM70,000 disampaikan kepada 25 badan sukan pada Majlis Penyerahan Bantuan MADANI Kepada Badan Sukan Labuan Tahun 2023 yang berlangsung di Hotel Lazenda, Labuan pada 19 Ogos 2023 selepas sesi bersama Pengarah MSWP.
Sesi Pengarah MSWP, Encik Nik Ahmad Zahiruddin Bin Nik Saleh bersama badan-badan sukan di Labuan pada 19 Ogos 2023 di Hotel Lazenda, Labuan