Skuad wushu WiPers meneruskan rentak dengan menambah satu lagi pingat perak pada sebelah pagi ini. Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar turut hadir memberikan sokongan kepada skuad wushu yang bertanding pada SUKMA XX MSN 2022.
Tahniah Yeong Zhen Yi berjaya menebus kekecewaan sebelum ini dengan bangkit untuk memenangi pingat perak acara Lebuhraya Perseorangan Wanita SUKMA XX di Sendayan. Terima kasih atas sokongan Timbalan Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Dato TPr Fadlun Mak Ujud yang bersama-sama memberikan sokongan kepada skuad berbasikal. WiPers WiJuara!
Kedudukan pingat semasa kontinjen WiPers (15 Sept 2022)
Hebat atlet wushu WiPers, Lydia Lau Pei Yi. Semalam baru sahaja menghadiahkan pingat pertama kontinjen WiPers dengan pingat gangsa, hari ini Lydia menceriakan kontinjen WiPers dengan menghadiahkan pingat emas acara nangun wanita. Tahniah diucapkan! WiPers WiJuara!
Hari yang bersejarah buat kontinjen WiPers pada hari ini apabila pingat emas pertama kontinjen WiPers menerusi atlet jalan kaki, Kok Hui Ying dikalungkan sendiri Ketua Kontinjen, YBhg. Datuk Seri Rosida binti Jaafar. WiPers WiJuara!
Pingat emas pertama kontinjen WiPers diraih pelumba jalan kaki, Kok Hui Ying dalam acara 5,000m jalan kaki wanita di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Tahniah dan syabas diucapkan!