Keratan Akhbar Wilayahku 18-24 Ogos 2023 ms 23 - MSWP bakal bangunkan kompleks sukan berpusat di Putrajaya.
Mesyuarat Panel Kejurulatihan dan Sains Sukan MSWP Bil. 1/2023 berlangsung pada 8 Ogos 2023 selepas selesai Majlis Penyampaian Bantuan MADANI kepada Badan Sukan Kuala Lumpur dan Putrajaya Tahun 2023. Semoga dengan pelantikan Panel Kejurulatihan yang baru ini membantu pembangunan sukan berprestasi tinggi Wilayah Persekutuan ke peringkat lebih tinggi.
Sejumlah RM278,000 disampaikan kepada 83 badan sukan pada Majlis Penyerahan Bantuan MADANI Kepada Badan Sukan Kuala Lumpur dan Putrajaya Tahun 2023 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Jabatan Wilayah Persekutuan pada 8 Ogos 2023 selepas sesi bersama Pengarah MSWP.
Sesi Bersama Pengarah MSWP yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Jabatan Wilayah Persekutuan. Sebanyak 83 badan sukan di Kuala Lumpur dan Putrajaya hadir pada sesi ini. Sesi ini diadakan sebelum Majlis Penyampaian Bantuan MADANI Kepada Badan Sukan Kuala Lumpur dan Putrajaya Tahun 2023 yang diadakan pada 8 Ogos 2023.
Festival Sukan Majlis Sukan Negeri-Negeri SeMalaysia (FESMAS) XVI telah diadakan di Pulang Pinang bermula 23-30 Julai 2023. Pasukan mendaki WiPers menyertai pertandingan acara mendaki di Bukit Bendera, Pulau Pinang Pasukan Tarik Tali WiPers Pasukan Bola Jaring WiPers Pasukan Bola Tampar Pantai WiPers Pasuakn Golf WiPers Sebahagian Pasukan WiPers yang menyertai FESMAS XVI Pulau Pinang

Nama Presiden Persatuan Karate Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk P Arivalagan memang cukup dikenali dalam sukan karate. Bermula sebagai atlet karate dengan memenangi 7 pingat emas sehinggalah kini menabur khidmat dengan melahirkan puluhan ribu anak didik di dalam sukan karate terutama sekali di Wilayah Persekutuan. Terima kasih Datuk Arivalagan Karate yang memberi sokongan pada rakan
Read More