Majlis Penyampaian Bantuan MADANI Kepada Badan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2025

Sebanyak 22 badan sukan di Labuan menerima bantuan pentadbiran berjumlah RM56,000 pada Majlis Penyampaian Bantuan MADANI Kepada Badan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2025 yang berlangsung hari ini. YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan mewakili YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyampaikan bantuan tersebut…

Karnival Sukan SHWP 2025

ANDA SEMUA ADALAH JUARA! Satu hari penuh aksi, semangat, dan persaingan sihat! Tahniah kepada semua pemenang Karnival Sukan SHWP 2025! Terima kasih kepada semua peserta, penyokong, dan pihak yang menjayakan karnival ini. Jumpa lagi di edisi seterusnya! #teamWP#WiPers#WiJUARA#TaatSetia#UsahaAsasKecemerlangan#WilayahPersekutuanKita#SHWP2025

Majlis Penyerahan Insentif SUKMA XXI Sarawak 2024 Kontinjen Wilayah Persekutuan

Lebih daripada RM1.4 juta insentif disampaikan YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) kepada Kontinjen Wilayah Persekutuan yang mencatatkan kejayaan menduduki tempat kedua keseluruhan pada SUKMA XXI Sarawak 2024. Turut hadir pada Majlis Penyerahan Insentif SUKMA XXI Sarawak 2024 Kontinjen Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, PPj di sini…

WP RAIH ‘IBU SEGALA PINGAT’ SUKMA 2024

Tahniah kepada skuad bola sepak Wilayah Persekutuan yang meraih pingat emas bola sepak lelaki apabila menewaskan Melaka dalam perlawanan akhir di Mukah. Kejayaan itu juga memberikan kemenangan pingat emas ke-75 buat Kontinjen Wilayah Persekutuan bagi menduduki kedudukan naib juara di belakang Sarawak. Syabas kepada semua!

Tahniah Wilayah Persekutuan!

Tahniah dan syabas kepada pasukan wushu Wilayah Persekutuan yang menghadiahkan 1 pingat emas dan 2 gangsa di sebelah petang hari kedua wushu dipertandingkan pada SUKMA XXI Sarawak 2024. Atlet wushu lelaki, Wong Hong Man memenangi pingat emas kedua Kontinjen Wilayah Persekutuan dalam acara jianshu lelaki. Syabas diucapkan!

Pingat pertama Kontinjen Wilayah Persekutuan pada SUKMA XXI Sarawak 2024

Tahniah Zhen Yi yang menghadiahkan pingat pertama Kontinjen Wilayah Persekutuan pada SUKMA XXI Sarawak 2024 sebentar tadi. Pelumba basikal wanita Wilayah Persekutuan itu merangkul pingat perak dalam acara ujian masa perseorangan wanita. #WPJUARA2024#sukmasarawak2024#ReadyToRoar#WilayahPersekutuanJuara#teamWP#UsahaAsasKecemerlangan#WilayahPersekutuanKita

Mesyuarat CDM WP bersama Ketua Jawatankuasa dan LO Sukan SUKMA XXI Sarawak 2024

Mesyuarat Ketua Kontinjen (CDM) Wilayah Persekutuan Bersama Ketua Jawatankuasa dan LO Sukan SUKMA XXI Sarawak 2024 Bil 1/2024 berlangsung di Sekretariat Utama Kontinjen Wilayah Persekutuan, Kuching. #WPJUARA2024#sukmasarawak2024#ReadyToRoar#WilayahPersekutuanJuara#teamWP#UsahaAsasKecemerlangan#WilayahPersekutuanKita

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan Ke SUKMA XXI Sarawak dan Pelancaran Logo Baharu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengumumkan sasaran 70 pingat emas bagi Kontinjen Wilayah Persekutuan muncul juara pada edisi ke-21 SUKMA di Sarawak pada Ogos ini. Dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan Ke SUKMA XXI Sarawak dan Pelancaran Logo Baharu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan semalam, Dr. Zaliha menyerahkan bendera…

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Tahniah kepada tiga warga MSWP En. Mohd Hazriq Ikhwan Bin Mohd Sharif, En. Muhammad Hafiz Bin Jamil Khair dan En. Mohd Azri Bin Isa yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan disampaikan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Dikenang JWP dan Agensi 2023/2024…

Majlis Penyerahan Bantuan Madani Kepada Badan Sukan Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya

YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyampaikan Bantuan MADANI berjumlah RM282,000 kepada 86 Badan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlangsung pada 5 Mac 2024. YB turut menyampaikan Watikah Pelantikan Pengurus Pasukan Kontinjen Wilayah Persekutuan yang akan ke SUKMA di Sarawak pada Ogos ini.

ASWP 2021-2022

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2021 – 2023 Anugerah Olahragawan : Muhammad Erry Hidayat (Angkat Berat) Anugerah Olahragawati: Ng Joe Ee (Gimrama) Anugerah Olahragawan Harapan: Muhammad Khairi Adib Bin Azhar (Silat) Anugerah Olahragawati Harapan: Ain Najwa Binti Muhamad Basri Darul (Silat) Anugerah Para Lelaki: Lee Chee Hong (Boccia) Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik…

INSENTIF KEMENANGAN SUKAN SEA KE-32 KEMBOJA & SUKAN ASIA KE-19 HANGZHOU 2022 WILAYAH PERSEKUTUAN

Atlet WiPers yang beraksi cemerlang pada Sukan SEA Ke-32 Kemboja & Sukan Asia Ke-19 menerima insentif berjumlah RM164,600 yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim. Dalam Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan SEA Ke-32 Kemboja 2023 & Sukan Asia Ke-19 Hangzhou 2022 Wilayah Persekutuan yang berlangsung pada 8 November…

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jurulatih MSWP 2023

Pelbagai program yang diadakan pada sebelah pagi bersempena dengan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jurulatih MSWP 2023 yang berlangsung hari ini termasuklah Amanat Pengarah MSWP, ujian kesihatan dan ceramah psikologi. #WiPersWiJuara #teamWiPers #WiJuara #bakatWiPers #MalaysiaMADANI

Mesyuarat Panel Kejurulatihan dan Sains Sukan MSWP Bil. 1/2023

Mesyuarat Panel Kejurulatihan dan Sains Sukan MSWP Bil. 1/2023 berlangsung pada 8 Ogos 2023 selepas selesai Majlis Penyampaian Bantuan MADANI kepada Badan Sukan Kuala Lumpur dan Putrajaya Tahun 2023. Semoga dengan pelantikan Panel Kejurulatihan yang baru ini membantu pembangunan sukan berprestasi tinggi Wilayah Persekutuan ke peringkat lebih tinggi.

Sesi Bersama Pengarah MSWP

Sesi Bersama Pengarah MSWP yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Jabatan Wilayah Persekutuan. Sebanyak 83 badan sukan di Kuala Lumpur dan Putrajaya hadir pada sesi ini. Sesi ini diadakan sebelum Majlis Penyampaian Bantuan MADANI Kepada Badan Sukan Kuala Lumpur dan Putrajaya Tahun 2023 yang diadakan pada 8 Ogos 2023.

Datuk P Arivalagan

Nama Presiden Persatuan Karate Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk P Arivalagan memang cukup dikenali dalam sukan karate. Bermula sebagai atlet karate dengan memenangi 7 pingat emas sehinggalah kini menabur khidmat dengan melahirkan puluhan ribu anak didik di dalam sukan karate terutama sekali di Wilayah Persekutuan. Terima kasih Datuk Arivalagan Karate yang memberi sokongan pada rakan…

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 anjuran Perbadanan Putrajaya bersama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) telah berlangsung di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada pagi ini. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Zulhelmi bin Amran, Encik Muhammad Saifuddin bin Harizon dan Puan Nur Diyana binti Zaki yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MSWP bagi tahun…

Bengkel Pengukuhan Pasukan dan Pemantapan Organisasi MSWP

Bengkel Pengukuhan Pasukan dan Pemantapan Organisasi MSWP yang berlangsung pada 2-4 Mac 2023 di Gopeng, Perak. Semoga semangat kerjasama sepasukan yang dipupuk sepanjang bengkel ini akan membantu MSWP mencapai kejayaan dan pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Tahniah Warga Sukan Wilayah Persekutuan

Tahniah kepada warga sukan Wilayah Persekutuan yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2023! #WPUntukSemua#SHWP2023#MalaysiaMADANI#teamWiPers#WiPersWiJuara#BakatWiPers

Brisk Walk MSWP sempena SHWP 2023

Bersemangat semuanya! Sempena Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, warga MSWP telah mengadakan program brisk walk di Putrajaya semalam.

Meet and Greet MSWP 2023

Meet and Greet MSWP 2023 bersama persatuan sukan Wilayah Persekutuan berlangsung di Auditorium Menara Seri Wilayah semalam. Semoga segala perancangan pada tahun ini berhasil dan mencapai kejayaan gemilang. Go WiPers Go!

Selamat Maju Jaya

Selamat maju jaya buat bekas atlet WiPers – Norsyafiq Sumantri, Muhammad Shahril Saabah dan Muhamad Ramadan Rosli yang terpilih mewakili Speedy Tigers di Piala Dunia 2023. Kami mendoakan kejayaan seluruh pasukan apabila Speedy Tigers akan berdepan perlawanan pertama pada Sabtu ini di India. All the best!

Hari Keluarga MSWP

Meriahnya Hari Keluarga MSWP yang berlangsung pada 7 Januari 2023 di Taman Botani Putrajaya. Dengan bertemakan MSWP Magical Moments, program anjuran Kelab Sukan MSWP dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Shah Alam (FSR) UiTM itu menganjurkan pelbagai aktiviti permainan bagi seisi keluarga. Sekalung penghargaan buat Dekan FSR, Profesor Dr Mohad Anizu Mohd Nor yang…

Taklimat Kemasukan Pelajar Ke UiTM (Laluan Atlet)

Terima kasih Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM di atas segala penerangan pada Taklimat Kemasukan Pelajar Ke UiTM (Laluan Atlet) yang diadakan di Bilik Seminar, MSWP pada 20 Disember 2022. Semoga lebih ramai atlet WiPers berpeluang melanjutkan pengajian pada masa akan datang. #WiPersWiJuara #teamWiPers

Majlis Penyampaian Insentif kepada Atlet dan Jurulatih Wilayah Persekutuan 2022

Keseluruhan insentif berjumlah RM1.096 juta disampaikan kepada 358 atlet dan jurulatih Wilayah Persekutuan yang beraksi cemerlang pada tahun ini. Insentif yang disampaikan ini melibatkan penyampaian kepada atlet Wilayah Persekutuan yang memenangi pingat pada temasya yang berlangsung pada tahun ini termasuklah pada Sukan Komanwel ke-22 di Birmingham, Sukan Perpaduan Islam ke-5 di Konya, Sukan SEA ke-31…

Kelab Sukan MSWP

Kelab Sukan MSWP menganjurkan Kursus Ketrampilan Diri oleh AFSM Sewtech Academy dengan penampilan khas, Ramlah Ram. #KelabSukanMSWP #WiPersWiJuara

Pasukan Akuatik Renang WiPers

Akuatik menyaksikan kontinjen WiPers menjuarai pungutan pingat keseluruhan dengan 11 pingat emas 11 perak dan 3 gangsa. Syabas semua. WiPers WiJuara!

Tahniah Pasukan Silat WiPers

Tahniah pasukan silat WiPers yang memenangi 1 pingat emas, 2 perak dan 4 gangsa. Esok 9 lagi pingat emas dipertaruhkan pada hari terakhir SUKMA XX berlangsung. WiPers WiJuara!

Tahniah Pasukan Kanu WiPers

Tahniah pasukan kanu WiPers yang mengumpul 4 pingat emas, 16 perak dan 12 gangsa pada SUKMA XX MSN 2022. See u in 2024. WiPers WiJuara!

Angkat Berat WiPers

Tahniah badang-badang WiPers yang merangkul 4 pingat emas dan 2 gangsa. Selamat berehat semua;. WiPers WiJuara!

Atlet Gimrama WiPers

Syabas dan tahniah kepada gimnas WiPers yang menyapu bersih keseluruhan 7 pingat emas yang ditawarkan di sukan gimrama SUKMA XX MSN 2022 sekaligus menghadiahkan pingat ke-50 kontinjen WiPers semalam. Bravo! WiPers WiJuara

Sukan Memanah

Sukan memanah yang dipertandingkan pada hari terakhir menyaksikan pemanah WiPers, Alia Qursyiah Mazlan merangkul pingat emas acara Recurve Individu Wanita pada hari ini. Tahniah diucapkan! WiPers WiJuara!

Atlet Terjun WiPers

Aksi penerjun WiPers, Nurqayyum Nazmi dan juga Yong Rui Jie yang masing-masing menamatkan saingan platform lelaki di tempat keempat dan kelima pada hari terakhir sukan terjun dipertandingkan. skuad terjun WiPers menamatkan saingan pada SUKMA XX MSN 2022 dengan mengumpul 1 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa. Syabas diucapkan buat semua!

Tahniah Badang WiPers

Tahniah badang WiPers Muhammad Erry yang merangkul pingat emas kategori 81kg lelaki sebentar tadi! WiPers WiJuara!

Atlet Bola Jaring WiPers

Pasukan bola jaring WiPers menempah tiket ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Perak 66-42 dalam perlawanan di Stadium Juara, Bukit Kiara pada pagi ini. Perlawanan separuh akhir akan berlangsung esok pada pukul 10 pagi. Jom hadir beramai-ramai memberikan sokongan.

Atlet Muaythai WiPers

Sukan muay menamatkan cabaran pada hari terakhir dipertandingkan dengan mengumpul keseluruhan 5 Emas, 3 Perak, 1 Gangsa. Tahniah diucapkan buat semua!

Atlet Pencak Silat WiPers

Pesilat WiPers, Ain Najwa berjaya menghadiahkan 1 pingat emas kepada kontinjen pada hari kedua pencak silat dipertandingkan di Dewan Tuanku Canselor USIM, Nilai semalam.

Atlet Angkat Berat WiPers

2 pingat emas hari ini dituai badang WiPers. Terima kasih Ketua Kontinjen, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar yang telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah acara angkat berat petang semalam di Kompleks Kejiranan Presint 11.

Terjun WiPers

2 pingat perak daripada penerjun WiPers pada hari pertama dipertandingkan. Tahniah semua. WiPers WiJuara!

Atlet skuasy WiPers

Atlet skuasy WiPers, Chan Yiwen berjaya menamatkan dominasi Kedah selama lapan tahun acara perseorangan wanita di SUKMA untuk menghadiahkan pingat emas buat kontinjen WiPers pada hari ini. Tahniah Yiwen!

Bola Sepak WiPers

Semi final here we come. Kejayaan pusingan suku akhir menentang Johor yang diheret hingga ke penentuan sepakan penalti membolehkan pasukan bola sepak WiPers melangkah ke pusingan separuh akhir. Terima kasih YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan yang memberikan sokongan padu buat pasukan. WiPers WiJuara!

Akuatik Renang WiPers

Hari pertama akuatik – renang dipertandingkan menyaksikan perenang WiPers mengumpul 2 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa. Congratulations! WiPers WiJuara!

Atlet Kanu WiPers

Atlet kanu WiPers mendominasi hari kedua dipertandingkan dengan memenangi 3 pingat emas dan 3 gangsa. Tahniah WiPers! WiPers WiJuara!

Boling Padang WiPers

Tahniah kepada atlet boling padang WiPers yang menceriakan kem WiPers dengan menghadiahkan 2 pingat emas – men pairs dan women fours

Atlet Menembak WiPers

Tahniah atlet menembak WiPers yang menghadiahkan 1 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa pada hari pertama sukan menembak dipertandingkan. Tahniah semua! Keep up the good work. WiPers WiJuara!

Olahraga WiPers

Skuad olahraga WiPers menceriakan kem WiPers apabila menghadiahkan 1pingat emas menerusi Winnie Eng May Xin (100m lari berpagar wanita) dan 1perak daripada Nur Anis Natasha (lompat bergalah wanita). Tahniah diucapkan! WiPers WiJuara!

Sukan Gimnastik

Sejarah tercipta! Pasukan gimnastik wanita WiPers melakar sejarah dengan memenangi pingat emas selepas 26 tahun ketandusan emas. Kali terakhir pasukan gimnastik wanita WiPers memenangi pingat adalah pada tahun 1996. Tahniah dan syabas diucapkan buat semua!

Sukan Karate

Pasukan karate WiPers menamatkan cabaran di SUKMA XX MSN 2022 dengan merangkul keseluruhan 3 pingat emas, 2 perak dan 4 gangsa. Tahniah dan syabas diucapkan!

Perbarisan Kontinjen Wilayah Persekutuan

WiPers WiJuara! Kontinjen WiPers yang diketuai pembawa bendera, Steve Khiew dari sukan renang dan juga Timbalan Ketua Kontinjen, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas mengetuai perbarisan kontinjen WiPers pada Majlis Perasmian oleh YAB Perdana Menteri di UKM malam ini. YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim turut memberikan sokongan padu kepada kontinjen WiPers. Semoga hasrat…

Bola Keranjang WiPers

Tahniah pasukan bola keranjang lelaki WiPers yang memenangi perlawanan pertama hari ini. Ketua Kontinjen, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar turut hadir memberikan sokongan pada perlawanan hari ini di Stadium MABA. Keep up the good work everyone! BOLA KERANJANG 5 ON 5LELAKI -PUSINGAN AWALKEPUTUSAN– WP – 87 | 57 – MELAKA– MENANG

Pasukan Golf WiPers

Timbalan Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas dan Pengarah Operasi Kontinjen, Dr Hasnul Faizal Hushin Amri menghadiri sesi penyerahan peralatan pasukan Golf WiPers di KGPA serta memberikan kata-kata semangat bagi atlet golf yanh akan mula bertanding pada 20 September ini. Go go WiPers Go!

Skuad wushu WiPers

Skuad wushu WiPers meneruskan rentak dengan menambah satu lagi pingat perak pada sebelah pagi ini. Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar turut hadir memberikan sokongan kepada skuad wushu yang bertanding pada SUKMA XX MSN 2022.

Lebuhraya Perseorangan Wanita SUKMA XX di Sendayan

Tahniah Yeong Zhen Yi berjaya menebus kekecewaan sebelum ini dengan bangkit untuk memenangi pingat perak acara Lebuhraya Perseorangan Wanita SUKMA XX di Sendayan. Terima kasih atas sokongan Timbalan Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Dato TPr Fadlun Mak Ujud yang bersama-sama memberikan sokongan kepada skuad berbasikal. WiPers WiJuara!

Wushu WiPers hari ke dua SUKMA

Hebat atlet wushu WiPers, Lydia Lau Pei Yi. Semalam baru sahaja menghadiahkan pingat pertama kontinjen WiPers dengan pingat gangsa, hari ini Lydia menceriakan kontinjen WiPers dengan menghadiahkan pingat emas acara nangun wanita. Tahniah diucapkan! WiPers WiJuara!

Kalungan Emas buat WiPers

Hari yang bersejarah buat kontinjen WiPers pada hari ini apabila pingat emas pertama kontinjen WiPers menerusi atlet jalan kaki, Kok Hui Ying dikalungkan sendiri Ketua Kontinjen, YBhg. Datuk Seri Rosida binti Jaafar. WiPers WiJuara!

Pingat emas pertama kontinjen WiPers

Pingat emas pertama kontinjen WiPers diraih pelumba jalan kaki, Kok Hui Ying dalam acara 5,000m jalan kaki wanita di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Tahniah dan syabas diucapkan!

Bola Sepak WiPers

Pasukan bola sepak WiPers mencatatkan kemenangan kedua beturut-turut Kumpulan A di Stadium UKM. #SukanMalaysia2022#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#BakatWiPers

Atlet Wushu WiPers

Aksi atlet wushu WiPers pada hari pertama sukan ini dipertandingkan pada SUKMA XX MSN 2022. #SukanMalaysia2022#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#BakatWiPers

Majlis Menaikkan Bendera Kontinjen

Majlis Menaikkan Bendera Kontinjen di DECTAR UKM, pagi ini yang diketuai Timbalan Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas. #Sukma2022#demimalaysia#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#BakatWiPers

Bola Keranjang WiPers

Timbalan Pengarah MSWP, Puan Nabilah Zakaria mengadakan pertemuan bersama pasukan bola keranjang WiPers yang akan menggalas cabaran pada SUKMA 2022 bermula 15 hingga 23 Sept 2022. #SukanMalaysia2022#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#BakatWiPers

Atlet Lawn Bowl WiPers

Timbalan Ketua Kontinjen WiPers, Tn Haji Rithuan bin Mohd Ismail mengadakan pertemuan dan memberikan suntikan semangat kepada atlet lawn bawl WiPers di Arena Lawn Bowl Bukit Kiara. #SukanMalaysia2022#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#BakatWiPers

Skuad kanu WiPers

Skuad kanu WiPers menerima kunjungan Ketua Kontinjen, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar yang memberikan kata-kata semangat kepada atlet semasa menyaksikan sesi latihan hari ini. #SukanMalaysia2022#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#BakatWiPers

Medic WiPers

Siap Siaga Berkhidmat Demi WiPers!Medic WiPers diketuai oleh CMO Kontinjen Wilayah Persekutuan, Dr Nik Haziman Hamat dengan kekuatan seramai 25 orang petugas perubatan sukan terlatih sudah mula memberikan perkhidmatan kepada atlet WiPers sepanjang SUKMA ke-20 MSN 2022 berlangsung. #SukanMalaysia2022#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#bakatWiPers

Skuad Olahraga WiPers bakal mendapat suntikan tambahan menjelang SUKMA 2022.

Wow skuad olahraga WiPers bakal mendapat suntikan tambahan menjelang SUKMA 2022.Presiden Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumour, Datuk Seri Dr V Pulainthiran mengumumkan bonus tambahan RM500 bagi atlet olahraga yang memenangi pingat emas dan RM1000 tambahan bagi rekod kebangsaan yang dicipta pada majlis pertemuan bersama Timbalan Pengarah MSWP, Puan Nabilah Zakaria.

Bacaan Yassin untuk Kontinjen Wilayah Persekutuan

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XX Anjuran Kelab Sukan MSWP. Semoga semua urusan dan hasrat kontinjen Wilayah Persekutuan untuk muncul juara pada SUKMA 2022 dimakbulkan.

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XX MSN 2022

Semangat WiPers WiJuara mulai terasa pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XX MSN 2022 yang berlangsung pada 6 September 2022 semalam. YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan memberikan amanat buat kontinjen WiPers sekaligus menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan kepada Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar.Terima kasih juga…

Fasa 2 KLAS 2022

Fasa 2 KLAS 2022: Kontinjen WiPers telah berkampung semula di UKM bermula 3 Jun sehingga 9 Jun 2022. Pembukaan kem dimulakan dengan Amanat oleh Pengarah MSWP, Dr Hasnul Faizal Hushin Amri, ucapan pengenalan oleh Dr. Hj. Zulkafli Amat, Pengarah Pusat Sukan UKM juga ada sesi taklimat program WiPers ACE oleh Rakan Strategik MSWP, PICOMS International…

Fasa 1 Kem Latihan Atlet SUKMA (KLAS) 2022

Kontinjen WiPers memulakan Fasa 1 Kem Latihan Atlet SUKMA (KLAS) 2022 dengan melibatkan 10 jenis sukan bermula Isnin (23 Mei 2022) sehingga Ahad ini (29 Mei 2022). Seramai 259 atlet dan jurulatih telah mendaftarkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

PICOMS buka peluang atlet Wilayah Persekutuan melanjutkan pengajian

PICOMS buka peluang atlet Wilayah Persekutuan melanjutkan pengajian KUALA LUMPUR: Seiring dengan hasrat dalam membantu memastikan kebajikan atlet terjamin, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) bekerjasama dengan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS bagi memberi lebih peluang kepada atlet Wilayah Persekutuan melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Pengerusi MSWP, Datuk Ramlan Askolani dalam ucapannya berkata kerjasama strategik…

Atlet Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan dalam pertandingan Pencak Silat dan juga Muay pada Karnival Seni Mempertahankan Diri (Pencak Silat dan Muay) Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Perlis

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) berada di Peghelih sempena Karnival Seni Mempertahankan Diri (Pencak Silat dan Muay) Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. Tahniah atlet Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan dalam pertandingan Pencak Silat dan juga Muay pada Majlis Penutupan yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato’ Parang Abai @…

2 atlet hoki wanita SUKMA Wilayah Persekutuan terpilih mewakili Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan ke Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan

Power lah 2 atlet hoki wanita SUKMA Wilayah Persekutuan terpilih mewakili Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan ke Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan pada 1 hingga 12 April 2022. Good luck!!!Nama Atlet:1. Siti Zalia Binti Nasir2. Kirandeep Kaur A/P Gurdip Singh #teamWiPers#WiPersWiJuara#WiJuara#bakatWiPers#hokimalaysia Photo credit PKS Hoki Universiti Tenaga Nasional

Kejohanan Menembak Selangor Shooting Championship & 1st Malaysia Junior Shooting Championship 2022

Kejohanan Menembak Selangor Shooting Championship & 1st Malaysia Junior Shooting Championship 2022Tarikh : 23 – 27 Mac 2022Tempat : Lapang Sasar Menembak, Subang, SelangorKeputusan: 23 Mac 2022 (Hari Pertama)Kategori:1. Air Pistol Lelaki Junior:- Muhammad Rifdi (Emas: 565 mata)- Muhammad Hakimi (Ke-5: 558 mata)- Amir Safwan (Ke-13: 544 mata)- Abdul Haiqal (Ke-17: 539 mata)2. Air Pistol…

Perlumbaan berbasikal Jelajah Terengganu 2022

Chiang Jia Cheng @chiangjiacheng berjaya mempertahankan jersi putih untuk kategori U23 pada peringkat hari ini menjadikan beliau telah memegang jersi ini selama 2 peringkat. Tahniah Team Wipers WiPers Power#teamWiPers#WiJuara#WiPersWiJuara#BakatWP#cycling

Tahniah kepada petinju Wilayah Persekutuan!!

Tahniah kepada petinju Wilayah Persekutuan yang mencipta kejayaan pada Kejohanan Muay Elit Senior & Junior Kebangsaan 2022 di Kota Baharu, Kelantan semalam! Keputusan Peringkat Akhir: Kategori 48kg Lelaki Junior – Insyad Rumijam (MUAYPJ) Kategori 48kg Lelaki – Muhd Hairie (KL) Kategori 67kg Lelaki – A’mmarul Shafiq (KL) Kategori 71kg Lelaki – Mohd Shahrul Hakim (MUAYPJ)…

Tahniah Badang WiPers!!

Hebat Badang WiPers membawa pulang keseluruhan 7 pingat emas dan 4 perak pada Kejohanan Angkat Berat Senior, Junior & Youth Kebangsaan 2022 di Jasin, Melaka pada hari terakhir hari ini. Tahniah semua atlet angkat berat Wilayah Persekutuan! WiPers Power! Keputusan hari keempat: Abdilla Iyad (Emas) Kategori junior 102kgAhmad Fadhil (Emas)Kategori senior 109+kg

1 Pingat Emas dan 1 Perak untuk Wilayah Persekutuan

Hari ketiga Kejohanan Angkat Berat Senior, Junior & Youth Kebangsaan 2022 di Jasin, Melaka menyaksikan Wilayah Persekutuan menambah 1 Pingat Emas dan 1 Perak. Tahniah Aiman Zikri Muhammad Suwarno membawa pulang Pingat Emas Kategori Youth 73kg dan Muhammad Zakaria Azman memenangi Pingat Perak Kategori Senior 73kg!

Kejohanan Paintball WiPers Cup

Sekitar Kejohanan Paintball WiPers Cup yang diadakan di Padang Bola Sepak Taman Titiwangsa yang berlangsungpada 19 Feb 2022. Tahniah kepada semua pemenang!

Kejohanan Futsal Piala Wilayah Persekutuan 2022

Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Kejohanan Futsal Piala Wilayah Persekutuan 2022 sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 oleh Pengarah MSWP, Dr. Hasnul Faizal Hushin Amri di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya . Tahniah kepada pemenang-pemenang!

Low Carbon Sport (KL Extreme Jam)

Majlis Penyampaian Hadiah Low Carbon Sport (KL Extreme Jam) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang berlangsung di Kiara SkatePark

Atlet Berbasikal BSW memenangi perlumbaan JCM Track dan Criterium

3 orang atlet Berbasikal BSW memenangi perlumbaan JCM Track dan Criterium hari pertama bertempat di Velodrom Johor. Keputusan Hari Pertama 7.5km point race (lelaki bawah 17)Perak – Muhammad Afiq Kharith Bin Abu Bakar Acara 500m (lelaki bawah 17)Gangsa – Aliff Danial Bin Khairol Hisham Flying Lap (lelaki bawah 15)Gangsa – Adam Airiel Bin Nazim #teamwipers

Soh Wooi Yik yang juga pemain Badminton Wilayah Persekutuan bersama pasangannya, Aaron Chia dikurniakan Darjah Kesatria Mahkota Wilayah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2022 bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022

Pemenang Pingat Gangsa pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Soh Wooi Yik yang juga pemain Badminton Wilayah Persekutuan bersama pasangannya, Aaron Chia dikurniakan Darjah Kesatria Mahkota Wilayah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2022 bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 hari ini. Semoga Pengurniaan Pingat ini menjadi pencetus semangat bagi menghadapi…

Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Wilayah Persekutuan Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022

Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Wilayah Persekutuan Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 telah pun membuka tirainya hari ini di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari Presint 18 Putrajaya. YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan turut meluangkan masa bersama para peserta pada Majlis Perasmian pada pagi ini. Jangan lupa untuk bersama-sama memberikan sokongan dalam Kejohanan…

Larian Bendera Wilayah Persekutuan dan Queen’s Baton Sukan Komanwel 2022

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato’ Parang Abai @ Thomas bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan menerima serahan Bendera Wilayah Persekutuan dan juga Queen’s Baton sebagai tanda simbolik kemuncak acara Larian Bendera Wilayah Persekutuan & Queen’s Baton di Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini. Terima kasih kepada sokongan berterusan daripada Kementerian Wilayah…

Sekitar Simposium Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021

3 hari Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021 telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutupan dirasmikan oleh Dato’ Haji Che Roslan Bin Che Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021. Pada majlis penutupan pada petang ini juga, PESAKA Kuala Lumpur, PESAKA Putrajaya dan…

Majlis Pelancaran Sukan Parlimen (SUKPAR) 2021

Sekitar Majlis Pelancaran Sukan Parlimen (SUKPAR) yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Wilayah Persekutuan pada 22 Oktober 2021.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Wilayah Persekutuan dan Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini

Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Wilayah Persekutuan dan Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini dirasmikan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim. YB Menteri Wilayah Persekutuan, bersama-sama YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias juga turut menyertai acara 3 km Jalan Kaki dan mencuba pelbagai…

Personel Short-Term Employment Program (MYSTEP) PPTM Gred FA29

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan Personel Short-Term Employment Program (MYSTEP) sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Tarikh tutup adalah pada 12 Oktober 2021 (Selasa). Pemohon perlulah mengisi Borang Permohonan Jawatan MSWP secara atas talian. Pemohon yang berkelayakan perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan secara atas talian.…

Personel Short-Term Employment Program (MYSTEP) Cawangan Labuan

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan Personel Short-Term Employment Program (MYSTEP) di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan cawangan Labuan. Tarikh tutup adalah pada 10 Oktober 2021 (Ahad). Pemohon perlulah mengisi Borang Permohonan Jawatan MSWP secara atas talian. Pemohon yang berkelayakan perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan secara atas talian. Bil Perkara Pautan 1 Iklan…

Pembantu Awam Gred H11

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pembantu Awam Gred H11 (Kontrak) di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan cawangan Labuan. Tarikh tutup adalah pada 30 September 2021 (Khamis). Pemohon perlulah mengisi Borang Permohonan Jawatan MSWP secara atas talian. Pemohon yang berkelayakan perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan secara atas talian serta mengemukakan sekeping gambar bersaiz…

Majlis Penyampaian Insentif kepada Atlet Wilayah Persekutuan, Soh Wooi Yik yang telah mengharumkan Negara dengan memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020

Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim menyampaikan insentif sebanyak RM50,000 kepada pemain badminton negara, Soh Wooi Yik yang mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo dalam acara beregu lelaki Turut menyaksikan sesi penyerahan di Menara DBKL itu ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Setiausaha…

Atlet WiJuara penerjun, Hanis Nazirul Jaya Surya

Atlet WiJuara minggu ini menampilkan penerjun, Hanis Nazirul Jaya Surya yang sebelum ini menghadiahkan pingat emas buat negara pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dalam acara 10m platform seirama lelaki bergandingan dengan Jellson Jabilin

Senaman untuk Komuniti Wilayah Persekutuan (Kardio)

Selain jogging, ada pelbagai senaman kardio yang boleh dilakukan di rumah. Senaman untuk Komuniti Wilayah Persekutuan minggu ini memberi 3 kepelbagaian senaman kardio yang boleh dicuba. Keep fit everyone! #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT

Team Wipers Discount Card

Atlet dan jurulatih di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) kini boleh menggunakan Team Wipers Discount Card untuk pembelian pelbagai jenama sukan di bawah rakan strategik MSWP, Paragon Vest. Jangan lupa dapatkan keistimewaan diskaun produk sehingga 50 peratus untuk pembelian secara online ini. Layari laman web www.sportsparagon.com untuk pembelian.

Senaman untuk Komuniti Wilayah Persekutuan (ZUMBA)

Bila lama sangat duduk di rumah, sekali sekala bolehlah mencuba Zumba seperti yang kami bawakan dalam Video Senaman Untuk Komuniti Wilayah Persekutuan minggu ini. Zumba adalah pilihan senaman cardio yang mudah dilakukan untuk semua peringkat umur. #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT

TEKNIK ASAS SQUAT

Senaman ‘squat’ memang diminati ramai terutama sekali dikalangan wanita yang mahukan postur badan yang menarik. Video Senaman Untuk Komuniti pada minggu ini akan menunjukkan teknik ‘squat’ yang betul dan juga variasi dalam melakukan squat. Keep fit everyone! #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT

Demi Malaysia – Lagu Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020

Demi Malaysia – Lagu Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos serta Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada 24 Ogos hingga 5 September ini. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan turut memberi sokongan penuh buat kontinjen negara yang akan beraksi di Tokyo tidak lama lagi. Demi Malaysia!

Tips turunkan berat badan di rumah

Lama duduk di rumah kadang kala membuatkan berat badan senang bertambah. Kami kongsikan tips mudah mengekalkan berat badan ideal untuk semua.

Teknik Push Up

Bagi sesiapa yang ingin menambah kekuatan bahagian upper body anda boleh mencuba melakukan latihan push up. Video Senaman Untuk Komuniti Wilayah Persekutuan pada minggu ini akan menunjukkan teknik yang betul dalam melakukan push up. Selamat mencuba. Keep fit everyone! #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT

How To Perform The Basic Plank

Nampak mudah tetapi senaman plank ni banyak manfaatnya jika dilakukan dengan betul. Antaranya dapat perbaiki kesimbangan dan postur badan, serta dapat mengempiskan lemak di perut. Jadi sempena WIPERS Staff Plank Challenge pada 1 Julai 2021 dan WIPERS Athletes Plank Challenge pada 3 Julai 2021 ini, mari berkongsi panduan cara melakukan plank yang betul. Let’s Keep…

SENAMAN UNTUK KOMUNITI WP (SUBTLE STRETCHES)

Bila lama sangat duduk menghadap komputer, mulalah rasa sakit tengkuk. Video Senaman Untuk Komuniti minggu ini akan tunjukkan Subtle Stretching yang diharap boleh membantu semua. Let’s take 5 and stay healthy at home.

SENAMAN UNTUK KOMUNITI WP (CHAIR WORKOUT)

Senaman Untuk Komuniti Wilayah Persekutuan minggu ini berasaskan KERUSI. Hanya cari satu kerusi yang kukuh dan bolehlah mencuba senaman ini di rumah. Let’s stay fit! #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT

Hael Husaini, Wany Hasrita & Malique – Wilayah Prihatin

Lagu Wilayah Prihatin berkisarkan tentang kecintaan setiap warga kepada negara dan Wilayah Persekutuan. Lagu ini juga menterjemahkan semangat kebersamaan setiap individu untuk memerangi pandemik COVID-19 tanpa mengira latar belakang dan meliputi segenap lapisan masyarakat.

Senaman Komuniti Wilayah Persekutuan

MSWP bawakan Senaman Untuk Komuniti Wilayah Persekutuan di mana orang ramai boleh mencuba senaman yang mudah untuk kekal cergas sepanjang tempoh berada di rumah. Let’s stay fit!