Atlet angkat berat Wilayah Persekutuan, Mohamad Syahmi Nor Ghazali menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara 94kg lelaki pada penampilan sulungnya di Sukan Komanwel Glasgow 2026. Lebih manis, beliau turut mencipta rekod baharu Sukan Komanwel dalam acara clean & jerk menerusi angkatan 197kg. Kejayaan Syahmi melengkapkan pencapaian cemerlang atlet angkat berat Wilayah Persekutuan di Glasgow 2026
Read More
Setinggi-tinggi tahniah kepada atlet Wilayah Persekutuan, Muhammad Erry Hidayat atas kejayaan merangkul pingat emas kategori 79kg lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026
Seluruh warga MSWP berbangga dengan pencapaian luar biasa ini. Terima kasih kerana terus mengharumkan nama Wilayah Persekutuan dan Malaysia di pentas dunia.
#teamWP#WiPers#WiJUARA#TeamMalaysia#Glasgow2026#WilayahPersekutuanKita#MalaysiaMADANI
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan Ke SUKMA XXII Dan Para SUKMA Selangor 2026 pada 21 Julai 2026 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.
Wilayah Persekutuan Juara!!!Wilayah Persekutuan Juara!!!Wilayah Persekutuan Juara!!!
#teamWP#WiPers#WiJUARA#MalaysiaMADANI#TaatSetia#UsahaAsasKecemerlangan#WilayahPersekutuanKita
Bengkel Penyelarasan Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XXII Selangor 2026 melabuhkan tirainya semalam selepas berlangsung selama tiga hari di Ipoh, Perak.
Semoga segala usaha, komitmen dan kerjasama yang telah dicurahkan sepanjang bengkel ini dapat memperkukuh persediaan kontinjen ke arah mencapai pencapaian terbaik di SUKMA XXII Selangor 2026.
#teamWP#WiPers#WiJUARA#TaatSetia#UsahaAsasKecemerlangan#WilayahPersekutuanKita#MalaysiaMADANI#SUKMA2026
Kem Atlet Wilayah Persekutuan Juara 2026 yang diadakan pada 15-17 Mei 2026 di Kem Permata Resort Alor Gajah Melaka. Kem ini diadakan bagi memperkukuh semangat, disiplin dan kebersamaan atlet menuju SUKMA ke-22 Selangor 2026.
Tahniah kepada atlet Wilayah Persekutuan yang mengharumkan nama negara pada Sukan SEA 2025 Thailand. Syabas buat seluruh Kontinjen Malaysia!
