Elaun Atlet
- Elaun Atlet adalah sumbangan yang diberikan secara bulanan mengikut kadar dan bilangan hari Atlet berlatih. Elaun ini adalah bagi menampung keperluan Atlet yang menjalankan latihan harian dalam program latihan yang ditetapkan. Bayaran Elaun ini dibuat sama da terus kepada atlet atau melalui Persatuan Sukan mengikut kadar yang ditetapkan berpandukan pencapaian Atlet tersebut. Panduan bagi kadar Elaun Atlet adalah seperti berikut:
Kategori | Kadar Elaun | Jumlah Had | Kelayakan |
K1 | RM40.00 | RM640.00 maksimum 16 hari berlatih. | Mencapai pingat Emas SUKMA |
K2 | RM30.00 | RM480.00 maksimum 16 hari berlatih. | Mencapai pingat Perak SUKMA |
K3 | RM20.00 | RM320.00 maksimum 16 hari berlatih. | Mencapai pingat Gangsa SUKMA |
K4 | RM15.00 | RM240.00 maksimum 16 hari berlatih. | 1. Mencapai Pingat Perak dan Gangsa SUKMA bagi acara Berpasukan 2. Terpilih dalam Program SUKMA |