Insentif Atlet

Insentif Kemenangan Sukan Malaysia (SUKMA) bagi Jurulatih dan Atlet telah diwujudkan bagi memberi dorongan kepada para jurulatih dan atlet untuk meningkatkan pencapaian dan prestasi masing-masing di peringkat kebangsaan, khususnya di temasya SUKMA.

Objektif insentif atlet adalah seperti berikut:

  • Penghargaan kepada Atlet yang mencapai sasaran (KPI) di SUKMA;
  • Meningkatkan motivasi Atlet supaya berusaha dan berlatih dengan bersungguh-sungguh.
  • Galakkan kepada Atlet untuk terus mewakili Wilayah Persekutuan.Bantuan untuk menampung keperluan selain daripada elaun yang diterima.
PANDUAN PEMBERIAN INSENTIF ATLET

Pemberian Insentif Atlet adalah berpandukan Kertas Dasar yang diluluskan oleh Ahli Lembaga/Majlis MSWP. Ketetapan pemberian Insentif Atlet adalah mengikut keperluan semasa. Panduan terkini pemberian Insentif atlet adalah seperti berikut:

KategoriKadar ElaunJumlah HadKelayakan
K1RM40.00 RM640.00 maksimum 16 hari berlatih. Mencapai pingat Emas SUKMA
K2RM30.00RM480.00 maksimum 16 hari berlatih. Mencapai pingat Perak SUKMA
K3RM20.00RM320.00 maksimum 16 hari berlatih. Mencapai pingat Gangsa SUKMA
K4RM15.00RM240.00 maksimum 16 hari berlatih.
1. Mencapai Pingat Perak dan Gangsa SUKMA bagi acara Berpasukan
2. Terpilih dalam Program SUKMA

**Kadar insentif adalah berubah mengikut ketetapan dari semasa ke semasa

INSENTIF PELAJARAN

Insentif Pelajaran merupakan satu skim pemberian kepada Atlet yang masih dalam masih dalam pengajian sama ada di peringkat Sekolah atau Institusi Penganjian Tinggi. Objektif Insentif Pelajaran adalah seperti berikut:

  • Bantuan untuk menampung keperluan pembelajaran bagi Atlet Sekolah atau Institusi Penganjian Tinggi.
  • Galakkan dan motivasi kepada Atlet untuk berusaha dan fokus dalam bidang akademik.