Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 anjuran Perbadanan Putrajaya bersama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) telah berlangsung di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada pagi ini. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Zulhelmi bin Amran, Encik Muhammad Saifuddin bin Harizon dan Puan Nur Diyana binti Zaki yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MSWP bagi tahun 2022.
Read More

Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan dijadual kembali dilangsungkan pada tahun ini selepas empat tahun tidak diadakan. Susulan daripada itu, satu Bengkel Pemurnian Kriteria Pemilihan Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 14-16 Mac 2023 di Kuala Lumpur.
Bengkel Pengukuhan Pasukan dan Pemantapan Organisasi MSWP yang berlangsung pada 2-4 Mac 2023 di Gopeng, Perak. Semoga semangat kerjasama sepasukan yang dipupuk sepanjang bengkel ini akan membantu MSWP mencapai kejayaan dan pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Antara aksi peserta pada pusingan pertama Kejohanan Futsal Tertutup Kakitangan Awam & Agensi 2023 sempena SHWP 2023 yang berlangsung di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya pada 26 Februari 2023.
Sekitar Kejohanan Kuda Merah International Muaythai Challege 2023 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa.
Tahniah kepada warga sukan Wilayah Persekutuan yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2023! #WPUntukSemua#SHWP2023#MalaysiaMADANI#teamWiPers#WiPersWiJuara#BakatWiPers