Semangat WiPers WiJuara mulai terasa pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XX MSN 2022 yang berlangsung pada 6 September 2022 semalam. YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan memberikan amanat buat kontinjen WiPers sekaligus menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan kepada Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar.Terima kasih juga
Read More
Mesyuarat Penyelarasan Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XX MSN 2022 berlangsung selama 3 hari sehingga Jumaat ini dengan dihadiri Pengurus Pasukan dan juga jurulatih daripada kesemua sukan yang akan bertanding pada SUKMA pada 16-24 September ini.
Sekitar Karnival Bakat Sukan Wilayah (KBSW) yang berlangsung bermula 2 Julai 2022 sehingga 2 Oktober 2022.
Fasa 3 KLAS 2022 : kami berkampung lagi di UKM untuk fasa terakhir KLAS 2022 bermula pada 13 Jun 2022 sehingga 19 Jun 2022 (Isnin-Ahad)
Fasa 2 KLAS 2022: Kontinjen WiPers telah berkampung semula di UKM bermula 3 Jun sehingga 9 Jun 2022. Pembukaan kem dimulakan dengan Amanat oleh Pengarah MSWP, Dr Hasnul Faizal Hushin Amri, ucapan pengenalan oleh Dr. Hj. Zulkafli Amat, Pengarah Pusat Sukan UKM juga ada sesi taklimat program WiPers ACE oleh Rakan Strategik MSWP, PICOMS International
Read More
Kontinjen WiPers memulakan Fasa 1 Kem Latihan Atlet SUKMA (KLAS) 2022 dengan melibatkan 10 jenis sukan bermula Isnin (23 Mei 2022) sehingga Ahad ini (29 Mei 2022). Seramai 259 atlet dan jurulatih telah mendaftarkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).