Tahniah Dato Azizulhasni Awang atas kejayaan membawa pulang pingat perak pada Olimpik 2020 Tokyo! Kejayaan itu sekaligus mengakhiri cabaran kontinjen negara pada Sukan Olimpik pada kali ini dengan keseluruhan 1 perak dan 1 gangsa daripada beregu lelaki badminton negara, Soh Wooi Yik-Aaron Chia. Sayonara Tokyo 2020! Bonjour Paris 2024!
Atlet WiJuara minggu ini menampilkan penerjun, Hanis Nazirul Jaya Surya yang sebelum ini menghadiahkan pingat emas buat negara pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dalam acara 10m platform seirama lelaki bergandingan dengan Jellson Jabilin
Selain jogging, ada pelbagai senaman kardio yang boleh dilakukan di rumah. Senaman untuk Komuniti Wilayah Persekutuan minggu ini memberi 3 kepelbagaian senaman kardio yang boleh dicuba. Keep fit everyone! #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT https://www.youtube.com/watch?v=ZyuxZ7rr-X8
Atlet dan jurulatih di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) kini boleh menggunakan Team Wipers Discount Card untuk pembelian pelbagai jenama sukan di bawah rakan strategik MSWP, Paragon Vest. Jangan lupa dapatkan keistimewaan diskaun produk sehingga 50 peratus untuk pembelian secara online ini. Layari laman web www.sportsparagon.com untuk pembelian.
Bila lama sangat duduk di rumah, sekali sekala bolehlah mencuba Zumba seperti yang kami bawakan dalam Video Senaman Untuk Komuniti Wilayah Persekutuan minggu ini. Zumba adalah pilihan senaman cardio yang mudah dilakukan untuk semua peringkat umur. #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT https://www.youtube.com/watch?v=9p_S0Doj1io
Mari berkenalan atlet WiJuara minggu ini, Muhammad Aidil Taufek daripada sukan lontar peluru. Aidil pernah memecahkan rekod Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2016 dengan catatan 16.66m ketika umurnya 17 tahun. Go WIPERS Go!