Tahniah pada atlet Karate Wilayah Persekutuan yang bertanding pada Kejohanan Karate Senior Kebangsaan Ke-40 dan Kejohanan Karate Junior & Kadet Kebangsaan Ke-30 Tahun 2022 di Stadium MPSJ Serdang pada 17-20 Februari 2022.
Pasukan Bola Jaring Bawah 19 tahun Wilayah Persekutuan yang sebahagiannya atlet pelapis dan SUKMA muncul juara pada pusingan akhir Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan 2022 yang berlangsung pada 17-20 Februari 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Sekitar Kejohanan Paintball WiPers Cup yang diadakan di Padang Bola Sepak Taman Titiwangsa yang berlangsungpada 19 Feb 2022. Tahniah kepada semua pemenang!
Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Kejohanan Futsal Piala Wilayah Persekutuan 2022 sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 oleh Pengarah MSWP, Dr. Hasnul Faizal Hushin Amri di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya . Tahniah kepada pemenang-pemenang!
Majlis Penyampaian Hadiah Low Carbon Sport (KL Extreme Jam) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang berlangsung di Kiara SkatePark
Sesi Perjumpaan Pengarah MSWP, Dr. Hasnul Faizal Hushin Amri bersama Pasukan Ragbi Lelaki Wilayah Persekutuan serta menyampaikan amanat kepada pasukan Ragbi Lelaki yang akan menyertai Kejohanan Pra-SUKMA JRU 2022 di Johor pada hujung minggu ini (11-13 Februari 2022).
