MSWP telah melaksanakan Pencarian Bakat Para Wilayah Persekutuan pada 16 dan 17 Oktober 2026 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia, Kampung Pandan. Program ini bertujuan mengenal pasti individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai minat dan potensi dalam sukan para untuk diketengahkan, dibimbing dan diberi peluang melangkah lebih jauh dalam bidang sukan, seterusnya mewakili Wilayah Persekutuan. #teamWP#WiPers#WiJuara#MalaysiaMADANI

Para SUKMA Selangor 2026 melabuhkan tirainya dengan pencapaian membanggakan buat Kontinjen Wilayah Persekutuan. Lebih membanggakan, 13 emas yang diraih berjaya melepasi sasaran 12 emas yang ditetapkan. Di sebalik setiap pingat, tersimpan keringat, pengorbanan dan semangat juang seluruh warga TeamWP dalam mengangkat nama Wilayah Persekutuan di persada sukan para negara. Lebih bermakna, ini merupakan penyertaan sulung TeamWP di

Read More

SELAMAT TINGGAL SUKMA XXII SELANGOR 2026! Kontinjen Wilayah Persekutuan menutup tirai SUKMA XXII Selangor 2026 di tempat kedua keseluruhan dengan 51 emas, 54 perak dan 52 gangsa — keseluruhan 157 pingat. 157 pingat ini adalah hasil keringat, pengorbanan dan perjuangan seluruh warga TeamWP. Terima kasih kepada atlet, jurulatih, pegawai, pengurusan, keluarga dan semua yang sentiasa

Read More
EMAS KEDUA TEAMWP! Tahniah dan syabas buat atlet taekwondo, Loi Kai Hek yang menghadiahkan pingat emas kedua Kontinjen Wilayah Persekutuan dalam acara lelaki bawah 54kg di SUKMA XXII Selangor 2026! Teruskan kecemerlangan TeamWP! Wilayah Persekutuan Juara! #teamWP#WiPers#WPJuara#SUKMASelangor2026
EMAS PERTAMA KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN! Tahniah dan syabas buat skuad Gimrama Berpasukan yang menghadiahkan pingat emas pertama buat Kontinjen Wilayah Persekutuan di SUKMA XXII Selangor 2026! Satu permulaan yang membanggakan! Teruskan momentum, teruskan perjuangan TeamWP! Wilayah Persekutuan Juara! #teamWP#WiPers#WPJuara#SUKMASelangor2026

AYUH SOKONG TEAMWP! 💙💛❤️ Perjuangan Kontinjen Wilayah Persekutuan akan bermula hari ini Selasa (11 Ogos 2026), apabila atlet-atlet TeamWP mula menggalas cabaran di SUKMA XXII Selangor 2026. Doakan perjalanan dan perjuangan atlet-atlet kita dipermudahkan serta terus berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan. Warga Wilayah Persekutuan, ayuh kita bersama-sama berikan sokongan dan semangat buat TeamWP! Wilayah Persekutuan Juara! 💪🏻🔥 teamWP

Read More