Atlet dan jurulatih di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) kini boleh menggunakan Team Wipers Discount Card untuk pembelian pelbagai jenama sukan di bawah rakan strategik MSWP, Paragon Vest. Jangan lupa dapatkan keistimewaan diskaun produk sehingga 50 peratus untuk pembelian secara online ini. Layari laman web www.sportsparagon.com untuk pembelian.
Bila lama sangat duduk di rumah, sekali sekala bolehlah mencuba Zumba seperti yang kami bawakan dalam Video Senaman Untuk Komuniti Wilayah Persekutuan minggu ini. Zumba adalah pilihan senaman cardio yang mudah dilakukan untuk semua peringkat umur. #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT https://www.youtube.com/watch?v=9p_S0Doj1io
Mari berkenalan atlet WiJuara minggu ini, Muhammad Aidil Taufek daripada sukan lontar peluru. Aidil pernah memecahkan rekod Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2016 dengan catatan 16.66m ketika umurnya 17 tahun. Go WIPERS Go!
Senaman 'squat' memang diminati ramai terutama sekali dikalangan wanita yang mahukan postur badan yang menarik. Video Senaman Untuk Komuniti pada minggu ini akan menunjukkan teknik 'squat' yang betul dan juga variasi dalam melakukan squat. Keep fit everyone! #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT https://www.youtube.com/watch?v=bk0dW3Uj2HQ
Demi Malaysia - Lagu Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos serta Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada 24 Ogos hingga 5 September ini. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan turut memberi sokongan penuh buat kontinjen negara yang akan beraksi di Tokyo tidak lama lagi. Demi Malaysia!
Lama duduk di rumah kadang kala membuatkan berat badan senang bertambah. Kami kongsikan tips mudah mengekalkan berat badan ideal untuk semua.