Program

PROGRAM KEJURULATIHAN

KURSUS SAINS SUKAN

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan melalui Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) telah mewujudkan satu Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) yang melibatkan Kursus Sains Sukan bagi memberi pendidikan formal dalam bidang kejurulatihan sukan. Skim ini terbahagi kepada tiga (3) tahap iaitu Tahap I, II dan III. Setiap tahap mempunyai komponen-komponen berikut :-

  • Sains Sukan (Kelolaan bersama Institut Sukan Negara).
  • Pengkhususan Sukan (Kelolaan bersama Persatuan Sukan Kebangsaan).
  • Praktikum Pengkhususan Sukan (bersama Kelolaan Persatuan Sukan Kebangsaan).

KURSUS SUKAN SPESIFIK

  1. Mempertingkatkan kemahiran dan prestasi jurulatih.
  2. Mewujudkan daya saing diantara jurulatih serta mempertingkatkan pengetahuan jurulatih seiring dengan perkembangan teknologi terkini dalam bidang kejurulatihan.

KURSUS PENDIDIKAN SUKAN BERTERUSAN

  1. Membantu para jurulatih menerusi program pendidikan yang berterusan dalam bidang Sains Sukan dan Pengkhususan Sukan agar Jurulatih mendapat ilmu terkini sambil memastikan peringkat kemahiran dan profesional dalam bidang sukan masing-masing.