Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971 (Akta 29) yang pada awalnya dikenali sebagai Majlis Sukan Kuala Lumpur. MSWP telah diperbadankan sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan berkuat kuasa pada 1 April 2012 selaras dengan Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan) 2006.
Pencalonan Jurulatih MSWP dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja Sukan masing-masing untuk dicadangkan kepada Panel Kejurulatihan Dan Sains Sukan untuk pertimbangan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pelantikan Jurulatih MSWP.
Terdapat dua (2) kategori jurulatih yang boleh dilantik iaitu:
(a) Jurulatih Tempatan; dan
(b) Jurulatih Luar Negara
Atlet Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada Atlet Program Wi JUARA dan Atlet Bakat Sukan Wilayah Persekutuan menjalani latihan berterusan dalam mencapai misi mencapai kecemerlangan. Mereka mewakili jenis sukan pada SUKMA yang dipertandingkan secara dwi-tahunan. Atlet-atlet ini dibayar elaun bulanan yang ditetapkan kepada untuk menjalani latihan. Demi mencapai misi kecemerlangan, mereka juga didedahkan kepada kejohanan tahap tinggi. Bagi yang berjaya pula, insentif dan penghargaan juga diberi melalui Insentif Kemenangandan Anugerah Sukan di ataskecemerlangan
Pendedahan mengenai Pusat Latihan, Persatuan Sukan, Program Sukan baru yang dibangunkan, mengenai SUKMA sepanjang tahun dan sebelumnya serta Anugerah Sukan yang telah dilaksanakan
Kakitangan MSWP berjumlah 41 orang serta 5 orang dari MSN yang ditempatkan di MSWP dan diletakkan dibawah Unit Bakat Sukan Wilayah . MSWP terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Sukan dan Bahagian Khidmat Pengurusan.
Memastikan pembayaran bantuan pembangunan sukan telah diluluskan dan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh mesyuarat;
Memastikan pembayaran elaun atlet dan jurulatih dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripda tarikh perakuan lengkap diterima;
Memberikan maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh penerimaan laporan pertandingan atau program/aktiviti sukan;
Memastikan permohonan perkhidmatan sokongan sains sukan dan perubatan diberikan maklum balas dan diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima;
Memastikan bayaran kepada pembekal barangan/perkhidmatan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh penerimaan bil/invois lengkap; dan
Menyediakan dan mengedarkan maklum balas keputusan mesyuarat/perbincangan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas mesyuarat/perbincangan diadakan.