Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971 (Akta 29) yang pada awalnya dikenali sebagai Majlis Sukan Kuala Lumpur. MSWP telah diperbadankan sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan berkuat kuasa pada 1 April 2012 selaras dengan Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan) 2006.
Seramai 37 orang jurulatih yang mempunyai sijil kejurulatihan yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Mereka ini terdiri daripada jurulatih sepenuh masa (JPM) dan Jurulatih Sambilan (JSM). Melatih 24 jenis sukan yang dipertandingkan di SUKMA.
Terdapat seramai 800 atlet terdiri daripada 1st Liner dan 2nd Liner. Mereka mewakili 24 jenis sukan yang akan dipetandingkan di SUKMA. Atlet-atlet ini dibayar elaun bulanan di atas insentif mereka menjalani latihan. Mereka juga dibantu dari segi kewangan pada setiap Kejohanan yang mereka sertai. Penghormatan juga diberi melalui Anugerah Sukan di atas kecemerlangan mereka.
Pendedahan mengenai Pusat Latihan, Persatuan Sukan, Perkhidmatan Gymnasium serta peralatan yang digunakan serta perkembangan mengenai SUKMA sepanjang tahun dan sebelumnya.
Kakitangan MSWP berjumlah 41 orang serta 6 orang dari MSN yang ditempatkan di MSWP dan diletakkan dibawah Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri. MSWP terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Sukan dan Bahagian Khidmat Pengurusan.
Elaun Jurulatih adalah sumbangan bulanan bagi menampung keperluan Jurulatih yang dilantik melalui Penal Jurulatih MSWP. Elaun ini dibayar mengikut kontrak yang dipersetujui di antara MSWP, Persatuan Sukan dan Jurulatih tersebut. Kadar pembayaran elaun ini ditetapkan oleh Pelan Jurulatih berdasarkan penilaian dan pertimbangan atas kelayakan, pencapaian dan pengalaman jurulatih tersebut.