Bendera Wilayah

BENDERA WILAYAH

CIRI-CIRI BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

Menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.

Kuning : Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan.
Biru : Perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran.
Merah : Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
Jata Negara : (Lambang harimau berjuang) melambangkan Wilayah Persekutuan.
Tiga (3) Bintang : Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.