Latar Belakang MSWP

LATAR BELAKANG MSWP

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971 (Akta 29) yang pada awalnya dikenali sebagai Majlis Sukan Kuala Lumpur. MSWP telah diperbadankan sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan berkuat kuasa pada 1 April 2012 selaras dengan Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan) 2006. 

MSWP bertindak sebagai badan induk yang menyelaras pembangunan sukan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. MSWP bertangggungjawab dalam pelaksanaan program pembangunan sukan, pengurusan kemudahan sukan, program latihan, penganjuran dan penyertaan kejohanan sukan serta menjadi urusetia bagi kontinjen Wilayah Persekutuan ke Sukan Malaysia (SUKMA). 

MSWP berfungsi sebagai badan penyelaras bagi sukan teras dan sukan pilihan yang dipertandingkan di peringkat Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan SEA, Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Selain itu, MSWP juga membantu pembangunan sukan di peringkat akar umbi melalui pelaksanaan program-program berkaitan sukan massa dan sukan paralimpik.