Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971 (Akta 29) yang pada awalnya dikenali sebagai Majlis Sukan Kuala Lumpur. MSWP telah diperbadankan sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan berkuat kuasa pada 1 April 2012 selaras dengan Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan) 2006.
Pencalonan Jurulatih MSWP dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja Sukan masing-masing untuk dicadangkan kepada Panel Kejurulatihan Dan Sains Sukan untuk pertimbangan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pelantikan Jurulatih MSWP.
Terdapat dua (2) kategori jurulatih yang boleh dilantik iaitu:
(a) Jurulatih Tempatan; dan
(b) Jurulatih Luar Negara
Atlet Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada Atlet Program Wi JUARA dan Atlet Bakat Sukan Wilayah Persekutuan menjalani latihan berterusan dalam mencapai misi mencapai kecemerlangan. Mereka mewakili jenis sukan pada SUKMA yang dipertandingkan secara dwi-tahunan. Atlet-atlet ini dibayar elaun bulanan yang ditetapkan kepada untuk menjalani latihan. Demi mencapai misi kecemerlangan, mereka juga didedahkan kepada kejohanan tahap tinggi. Bagi yang berjaya pula, insentif dan penghargaan juga diberi melalui Insentif Kemenangandan Anugerah Sukan di ataskecemerlangan
Pendedahan mengenai Pusat Latihan, Persatuan Sukan, Program Sukan baru yang dibangunkan, mengenai SUKMA sepanjang tahun dan sebelumnya serta Anugerah Sukan yang telah dilaksanakan
Kakitangan MSWP berjumlah 41 orang serta 5 orang dari MSN yang ditempatkan di MSWP dan diletakkan dibawah Unit Bakat Sukan Wilayah . MSWP terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Sukan dan Bahagian Khidmat Pengurusan.
Program Bakat Sukan Wilayah Persekutuan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (Menerangkan berkenaan program dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2019 bagi program bakat wilayah persekutuan, MSWP) Excel | Pdf
Program dan Aktiviti Pembangunan Sukan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (Menerangkan berkenaan Program dan Aktiviti Pembangunan Sukan MSWP bagi Tahun 2019) Excel | Pdf
Senarai Atlet Wilayah Persekutuan ke Temasya Sukan Komanwel Gold Coast 2018 (Maklumat Berkaitan Atlet Wilayah Persekutuan Yang Terpilih Mewakili Negara Ke Temasya Sukan Komanwel Gold Coast 2018) Excel | Pdf
Senarai Pusat Latihan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (Maklumat Berkaitan Pusat Latihan Bagi Setiap Sukan Yang Menjadi Tempat Atlet Menjalani Program Pembangunan Sukan Di Bawah MSWP. Maklumat pusat Latihan Ini Merangkumi 3 Wilayah, Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan) Excel | Pdf
Senarai nama Ahli Majlis Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (Maklumat berkaitan individu yang dilantik menganggotai Ahli Majlis MSWP bagi penggal 2016 sehingga 2018) Excel | Pdf
Senarai penerima Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan sepanjang Tahun 2007 sehingga 2016 (Menerangkan senarai nama-nama penerima untuk setiap anugerah bagi menghargai bakat dan sumbangan setiap atlet, pasukan, persatuan, jurulatih dan pegawai yang telah bertungkus lumus memastikan Kontinjen WP menjadi kontinjen yang terbaik dalam setiap SUKMA) Excel | Pdf
Atlet WP yang Terpilih ke Kejohanan Sukan Sea 2015 (Memaparkan Pencapaian Atlet-Atlet Wilayah Persekutuan dan Terpilih Sebagai Atlet Kebangsaan Di Kejohanan Sukan SEA 2015) Excel | Pdf
Senarai Badan Sukan
(Menerangkan Mengenai Badan-Badan Sukan Bagi Setiap Sukan Yang Ada Di Wilayah Persekutuan) Excel |Pdf
Bilangan sukan yang disertai oleh Kontinjen Wilayah Persekutuan dalam setiap SUKMA (Bilangan sukan yang disertai oleh Kontinjen Wilayah Persekutuan bagi setiap SUKMA) Excel | Pdf
Senarai pemenang pingat SUKMA XVIII Sarawak 2016 mengikut sukan (Wilayah Persekutuan) (Senarai pemenang pingat yang dimenangi olet atlet Wilayah Persekutuan semasa SUKMA XVIII SARAWAK 2016 yang lepas ) Excel | Pdf
Pencapaian dan kedudukan pingat yang diperolehi oleh Kontinjen Wilayah Persekutuan setiap SUKMA (Menerangkan mengenai pencapaian dan jumlah pingat yang diperolehi oleh Wilayah Persekutuan di setiap SUKMA ) Excel | Pdf