Fungsi Bahagian MSWP

FUNGSI BAHAGIAN MSWP

Pengurusan Sumber Manusia

  • Merancang pembangunan organisasi dan menjalankan kajian cadangan pemansuhan jawatan dan penggredan semula jawatan;
  • Mengumpul, menyedia dan menyelaras maklumat perjawatan serta keperluan untuk pewujudan jawatan baru;
  • Menyelaras penyertaan kursus berjadual anjuran institusi latihan awam dan swasta;
  • Menyediakan Perancangan Strategik Pembangunan Sumber Manusia;
  • Merancang dan menyelaras urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai;
  • Melaksanakan urusan pengesahan lantikan,  pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen,
  • Menguruskan tindakan tatatertib;
  • Menguruskan pengisytiharan harta personel;
  • Menguruskan Penentuan Gaji Permulaan yang lebih tinggi;
  • Menyelaras dan memproses urusan tanggung kerja;
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM);
  • Melaksanakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC),
  • Membuat perancangan Pelan Penggantian terhadap semua pegawai di MSWP;
  • Menguruskan pelantikan pegawai tetap dan pelantikan pegawai kontrak;
  • Merancang dan mengurus penempatan personel MSWP;
  • Menguruskan pelantikan secara peminjaman/pertukaran sementara dan pertukaran tetap;
  • Menguruskan persaraan pilihan dan persaraan wajib;
  • Menguruskan permohonan keluar negeri atas urusan rasmi dan atas urusan persendirian;
  • Mengurus cuti personel berdasarkan Perintah Am Bab C; dan
  • Menyelaras anugerah pingat dan bintang kebesaran negeri-negeri dan Persekutuan untuk diajukan ke KWP.

Pengurusan Pentadbiran Am

  • Mengendalikan urusan surat-menyurat dan pengurusan sistem fail;
  • Memantau kebersihan/keselamatan/kerosakan pejabat;
  • Menguruskan Kenderaan Jabatan dan Pemandu;
  • Menguruskan Tempahan Bilik/Makan-Minum Mesyuarat;
  • Menguruskan Logistik Untuk Majlis-majlis Rasmi MSWP;
  • Menguruskan kemudahan dan peralatan pejabat;
  • Menguruskan Pengurusan Stor;
  • Menguruskan Pengurusan Aset;
  • Menguruskan perolehan secara pembelian terus, sebut harga, dan tender bagi bekalan, perkhidmatan dan perkhidmatan kerja;
  • Menguruskan Panjar Wang Runcit;
  • Menguruskan permohonan dan pengeluaran Pesanan Kerajaan (Local Order); dan
  • Menguruskan permohonan tempahan dan pengeluaran Waran Penerbangan Udara Awam (WPUA).

Pengurusan Komunikasi Korporat

  • Mengurus dan bertanggungjawab dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat nasional dan global;
  • Merancang, melaksana aktiviti peningkatan imej korporat dan perhubungan awam;
  • Merancang, menyelaras dan melaksana pelan Komunikasi/promosi/publisiti program serta pencapaian;
  • Mengurus dan mengendalikan perhubungan dengan pihak media;
  • Menyedia bahan atau maklumat portal MSWP;
  • Memberi khidmat nasihat mengenai program, nota kepada editor/siaran akhbar dan khidmat nasihat kepada media dalam membuat liputan;
  • Mengurus dan mengendalikan taklimat mengenai fungsi dan peranan MSWP.
  • Menyelaras dan mengurusetia persediaan dan pelaksanaan majlis-majlis rasmi MSWP;
  • Merancang, mengurus, melaksana dan memantau semua urusan berkaitan pelanggan dan aduan yang diterima;
  • Merancang, menyelaras dan menerbitkan bahan-bahan penerbitan;
  • Mengendalikan hubungan dan kerjasama dengan organisasi lain dalam meningkatkan imej MSWP.
  • Memberi khidmat perhubungan dan hal ehwal awam
  • Bertindak sebagai sekretariat media
  • Menyelaras dan mengurus hal ehwal publisiti untuk program-program yang dijalankan majlis
  • Merancang dan mengurus program usaha-usaha untuk mendapatkan penajaan dan sumbangan;
  • Menyediakan teks ucapan untuk Majlis-majlis Rasmi; dan
  • Menjadi Urusetia dalam menyediakan Laporan Tahunan Majlis.

Pengurusan Maklumat

  • Menguruskan hal-hal yang berkaitan pembangunan sistem/aplikasi/portal;
  • Merancang, membangun, melaksana dan menyenggara sistem/aplikasi;
  • Memantau dan sebagai Pentadbir Sistem kepada Sistem SAGA, Sistem Maklumat Atlet, Sistem Maklumbalas, Sistem Pendaftaran Program, Sistem HRMIS, Sistem MY Mesyuarat dan Mobile Apps Wipers.
  • Menyenggara dan mengemaskini portal MSWP;
  • Mempromosi penggunaan sistem aplikasi ICT dan memberi khidmat sokongan;
  • Memberi latihan penggunaan sistem (train the trainer) kepada kakitangan MSWP;
  • Mengurus, mereka bentuk dan menyediakan bahan-bahan multimedia berkaitan ICT seperti banting, poster,montaj, backdrop, buku aturcara dan sebagainya untuk hebahan dan majlis-majlis yang berkaitan;
  • Membangun dan menyelenggara prasarana pengkomputeran, UNIFI/LAN ;
  • Menganalisis, memantau, melaksana dan penilaian prestasi rangkaian MSWP ;
  • Mengurus dan mengawal perolehan perkakasan dan perisian, mengawal selia keselamatan ICT, bertindak sebagai Pentadbir Pengkalan Data dan Sistem;
  • Mengurus tindakan menaik taraf peralatan ICT dan menangani kerosakan
  • Menyediakan segala peralatan dan perisian ICT yang diperlukan bagi tujuan melicinkan perjalanan seminar / kursus / latihan dan mesyuarat;
  • Menguruskan, menyelenggara dan menyimpan peralatan-peralatan ICT di MSWP termasuklah memudahcara urusan pinjaman peralatan-peralatan ICT berkenaan;
  • Mentadbir urus akaun-akaun emel 1Govuc bagi semua pengguna di MSWP dengan melaksanakan kerja pentadbiran emel seperti pewujudan, pengemaskinian, pengarkiban dan penghapusan akaun emel 1Govuc.

Pengurusan Kewangan

  • Mengendalikan urusan fungsi perakaunan dan kewangan;
  • Menyediakan anggaran belanjawan MSWP;
  • Menguruskan urusan Audit dari Audit Dalaman dan Audit Negara;
  • Memantau dan melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan;
  • Mengurus pembayaran elaun, tuntutan dan semua bayaran balik;
  • Melaksanakan pembayaran Pesanan Kerajaan (Local Order) dan pembayaran bil tanpa Pesanan Kerajaan (Local Order);
  • Mengurus terimaan/hasil dan akaun belum terima;
  • Menyelenggara buku tunai;
  • Menyelengara buku vot;
  • Mengurus dan menyelia rekod-rekod kewangan;
  • Mengurus dan menyedia laporan bulanan, suku tahun dan tahunan;
  • Pengurusan perakaunan dan penyediaan laporan kewangan tahunan;
  • Penyediaan laporan JKPA MSWP;
  • Menguruskan sumbangan, bantuan dan insentif;
  • Menguruskan pembayaran elaun-elaun secara berkala;
  • Menyediakan maklumbalas bagi teguran Audit Dalam dan juga Audit Negara; dan
  • Menguruskan Akaun Bank MSWP.
  • Memantau perjalanan program persatuan, sukan atlet dan jurulatih Wilayah Persekutuan bagi mendapatkan maklum balas dan gambaran sebenar mengenai kemajuan sukan.
  • Menyelaras persatuan-persatuan dan agensi-agensi sukan yang lain di Wilayah Persekutuan.
  • Menimbang, mengkaji dan mengurus permohonan bantuan kewangan daripada persatuan sukan di  Wilayah Persekutuan serta bantuan-bantuan yang disalurkan kepada persatuan sukan.
  • Merancang program-program bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada atlet dan pengerak sukan.
  • Menyelaras program sukan massa.
  • Menguruskan pemberian insentif dan menjaga kebajikan atlet-atlet Wilayah Persekutuan yang mencapai Kecemerlangan dalam sukan.
  • Menguruskan perlantikan jurulatih penuh masa (JPM) dan jurulatih separuh masa (JSM).
  • Membantu program pembangunan sukan massa, paralimpik dan belia
  • Merancang dan melaksanakan program latihan bagi pembangunan atlet bakat pelapis dalam Sukan Berprestasi Tinggi.
  • Bertanggungjawab dalam menguruskan Kelengkapan kemudahan sukan yang bersesuaian ke arah memperkemaskan latihan dan mengenalpasti pusat-pusat latihan.
  • Merancang dan mengurus persiapan kontinjen dalam menghadapikejohanan-kejohanan sukan peringkat kebangsaan sepanjang tahun;
  • Menyediakan perancangan program berkenaan pembangunan modal insan bagi atlet dan pegawai sukan melalui kem-kem motivasi, seminar-seminar kejurulatihan dan pengurusan sukan;
  • Membuat perancangan bagi penyertaan kontinjen ke kejohanan antarabangsa bagi pasukan yang cemerlang di peringkatkebangsaan;
  • Mengadakan usaha sama dengan agensi-agensi penajaan sukan bagi melaksanakan program-program sukan bagi tujuan integrasi nasional;
  • Bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara bagi pelaksanaan program pembangunan dari peringkat akar umbi hingga nasional;