Wilayah Persekutuan Sports Development and Coaching Seminar 2021
KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MWSP) memperkenalkan Kad Diskaun Team Wipers yang bakal memberi manfaat kepada 1,300 atlet di bawah majlis sukan negeri itu.
Inisiatif yang pertama diwujudkan oleh majlis sukan negeri di Malaysia itu akan membolehkan atlet membeli peralatan sukan di kedai ataupun laman web yang disenaraikan dengan potongan 25 hingga 30 peratus.
“Ini seiring dengan inisiatif Wilayah Cakna yang memberi penekanan terhadap kebajikan atlet menerusi dua pengenalan dua elemen utama yang memberi manfaat kepada kebajikan atlet.
“Dua elemen terbabit adalah menerusi kerjasama laluan pendidikan dan latihan kemahiran antara universiti dan syarikat swasta serta pengenalan Kad Diskaun Team Wipers,” kata MSWP dalam satu kenyataan, hari ini.