| April |

KEJOHANAN GOLF AMATUR TERBUKA SABAH 2013 KALI KE-29
Pada Kejohanan Golf Amatur Terbuka Sabah 2013 Ke-29 ini, pihak persatuan telah menyenaraikan Pasukan Lelaki SUKMA Perlis seramai empat (4) orang sahaja. Pemilihan mereka adalah berdasarkan status prestasi semasa mereka. Mereka adalah seperti berikut:-
| July |

Emas Ke-3 milik Sharrma Jayarama
Emas ke 3 untuk skuad WIPERS!. Sekali lagi diraih jaguh kumite kategori Lelaki Individu bawah 75kg Sharrma Jayarama yang menundukkan pihak lawannya Kumareswaran Murugan dari Selangor. Tidak kurang hebatnya juga dua peserta Kumite kita, Christina Idris dan V. Davaraj yang turut menyumbang pingat perak bagi kategori Wanita Individu atas 68kg serta Kategori Lelaki Individu Atas 84kg. Manakala dua pingat gangsa juga diraih hari ini menerusi R.Santarupini bagi Kategori Wanita Individu Bawah 45 kg dan S. Lenugajothi dalam Kategori Wanita Individu Bawah 68kg.