Objektif
Menumpukan kepada Pembangunan Sukan dengan memberi penekanan terhadap empat perkara utama:
a) Atlet
b) Infrastruktur
Menyediakan pusat latihan negeri yang lengkap dengan kemudahan latihan seperti peralatan bagi memastikan pembangunan Program Pembangunan Remaja Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan baik demi ke arah Wilayah Persekutuan yang gemilang.
c) Persatuan Sukan
Mengadakan kursus-kursus / seminar-seminar yang berkaitan dengan ilmu kejurulatihan dan sains sukan bagi menambah bilangan jurulatih yang bertauliah serta berkelayakan dalam membantu meningkatkan prestasi para atlet bagi memastikan kecemerlangan sukan di Wilayah Persekutuan dapat dikekalkan.
d) Pengurusan Sukan
Meningkatkan kecekapan pengurusan setiap persatuan-persatuan sukan dengan menganjurkan kursus-kursus serta seminar yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran persatuan.