Visi, Misi, Objektif, Fungsi MSWP

VISI, MISI, OBJEKTIF, FUNGSI MSWP

PENERAJU SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN TERUNGGUL DALAM MELAHIRKAN ATLET WILAYAH PERSEKUTUAN BERTARAF NASIONAL DAN ANTARABANGSA.

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN BERPRESTASI TINGGI DILAKSANAKAN SECARA MENYELURUH, SISTEMATIK, DAN BERKESAN DI SEMUA PERINGKAT

Objektif

  1. Melahirkan atlet Wilayah Persekutuan yang bertaraf Kebangsaan dan Antarabangsa.
  2. Memastikan Kontinjen Wilayah Persekutuan mencapai kedudukan terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA).
  3. Memastikan Persatuan Sukan Wilayah Persekutuan ditadbir urus dengan baik.
  4. Melahirkan Jurulatih dan Pegawai Sukan yang bertauliah.
  5. Memastikan pelaksanaan program pembangunan sukan prestasi tinggi yang sistematik berteraskan sains sukan.
  6. Memastikan pengurusan kemudahan sukan di Wilayah Persekutuan dilaksanakan dengan berkesan.
  7. Memastikan kemajuan sukan secara menyeluruh di semua peringkat di Wilayah Persekutuan.

Menumpukan kepada Pembangunan Sukan dengan memberi penekanan terhadap empat perkara utama:

a) Atlet

Berkemahiran serta mempunyai kemantapan dan ketahanan dari aspek fizikal.

Pembentukan sikap para atlet berasaskan pembangunan modal insan yang lebih tertumpu kepada persiapan mental, spiritual dan sosial (pembentukan peribadi).

b) Infrastruktur

Menyediakan pusat latihan negeri yang lengkap dengan kemudahan latihan seperti peralatan bagi memastikan pembangunan Program Pembangunan Remaja Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan baik demi ke arah Wilayah Persekutuan yang gemilang.

c) Persatuan Sukan

Mengadakan kursus-kursus / seminar-seminar yang berkaitan dengan ilmu kejurulatihan dan sains sukan bagi menambah bilangan jurulatih yang bertauliah serta berkelayakan dalam membantu meningkatkan prestasi para atlet bagi memastikan kecemerlangan sukan di Wilayah Persekutuan dapat dikekalkan.

d) Pengurusan Sukan

Meningkatkan kecekapan pengurusan setiap persatuan-persatuan sukan dengan menganjurkan kursus-kursus serta seminar yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran persatuan.