UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XIX Perak 2018 pada 9 Ogos 2018 bertempat di Atrium Aras G, Menara Seri Wilayah yang lalu. Kerjasama yang diberikan semua pihak amatlah dihargai dan berharap agar semua pihak mendoakan kejayaan Kontinjen Wilayah Persekutuan di SUKMA XIX Perak 2018 kelak.