Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971 (Akta 29) yang pada awalnya dikenali sebagai Majlis Sukan Kuala Lumpur. MSWP telah diperbadankan sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan berkuat kuasa pada 1 April 2012 selaras dengan Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan) 2006.
Pencalonan Jurulatih MSWP dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja Sukan
masing-masing untuk dicadangkan kepada Panel Kejurulatihan Dan Sains
Sukan untuk pertimbangan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan
Pelantikan Jurulatih MSWP.
Terdapat dua (2) kategori jurulatih yang boleh
dilantik iaitu:
(a) Jurulatih Tempatan; dan
(b) Jurulatih Luar Negara
[tdsh-public-view-sebut-harga]