Perutusan Pengarah

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.Dengan terbinanya laman web ini, diharapkan ianya dapat memberi satu lagi medium komunikasi antara MSWP dengan pelanggan internet terutama persatuan-persatuan sukan yang melibatkan ketiga-tiga majlis sukan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam memberikan perkhidmatan ICT yang berterusan selaras dengan visi dan misi MSWP.

Kerana itu, kami bersyukur kepada Allah S.W.T dengan limpah dan izinNya maka saluran informasi dikenali LAMAN WEB MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN dilancarkan kepada seluruh pengguna internet. Adalah diharapkan laman web ini akan menjadi wadah dan saluran penyebaran maklumat dan informasi yang menjadi hubungan timbal balas antara semua pihak yang sudah tentu akan berkemampuan melantunkan satu segmen baru dalam merapatkan lagi silaturrahim yang akhirnya merealisikan matlamat memajukan sukan untuk negara. Juga diharapkan kerjasama serta kunjungan dari semua pihak agar perkembangan ICT MSWP ini dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan dengan lebih cekap dan berkesan.

Akhir kata terima kasih kepada anda kerana mengunjungi dan memanfaatkan perkhidmatan laman web ini. Sebarang cadangan atau komen yang dapat memperbaiki laman web ini bagi memenuhi keperluan anda dan semua pelanggan amatlah dihargai.

Pengarah
MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN