Dalam menyokong usaha kerajaan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31hb Mac 2020 ini;

Esports Kuala Lumpur dengan kerjasama MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MSWP)GamesBond dan Living Minds membawakan kepada anda ESPORTS KL COMMUNITY CUP – FIFA20 EDITION buat semua peminat esports khususnya FIFA di Malaysia. Inisiatif ini adalah untuk membantu para peminat sukan elektronik untuk terus bersaing secara kompetitif ketika mematuhi perintah kawalan pergerakan yang sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Hadiah terkumpul untuk kejohanan ini adalah RM3,000 untuk dimenangi. Kejohanan ini akan diadakan secara 2 peringkat. Peringkat saringan pada:-

a) 27hb Mac (qualifier 1)
b) 28hb Mac (qualifier 2)
c) 29hb Mac (Grand Final)

Seramai 8 orang peserta akan dipilih pada setiap peringkat saringan untuk terpilih ke pentas akhir. Kesemua perlawanan ini akan dijalankan secara atas talian (online).

Untuk mendaftar, sila klik pautan di bawah:

https://bit.ly/2U8O6HC

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

Fb: fb.com/gamesbond2015
Ig: gb_gamesbond

GB – +60132813963
http://www.wasap.my/60132813963

Ayuh bersama kita kekalkan minda aktif!
Duduk rumah & main game sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan.