Mantan Pengarah

MANTAN PENGARAH

mantan_2

M. Noor Azman bin Taib dilahirkan pada tanggal 15 April 1971. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Jitra, Kedah Darul Aman. Selepas menamatkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1991, beliau telah diterima untuk menyambung pelajaran di Universiti Malaya dan pada tahun 1996, beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda bagi jurusan Pengajian Perancangan dan Perbandaran.

Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Unit Pengangkutan Udara, Kementerian Pengangkutan Malaysia selama dua tahun bermula pada 16 Disember 1996 hingga 1998. Kemudian, pada tahun 1998 beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi Penolong Pengarah bahagian Pelesenan dan Pendaftaran Kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan.

Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Pusat Pengurusan Rekod, Bahagian Rekod Kenderaan di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia bermula dari tahun 2000 hingga 2003. Setahun selepas itu, beliau telah mengambil cuti belajar bergaji penuh untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berkat semangat dan ketekunan akhirnya melayakkan beliau dianugerahkan Sarjana Sains dan Teknologi Maklumat pada tahun 2004.

Meneruskan khidmat dan bakti seterusnya sebagai Ketua Penolong Setiausaha, bahagian Pembangunan Kementerian Wilayah Persekutuan bermula Julai 2005 sehingga Mac 2008.Berbekalkan pengalaman dan minat terhadap sukan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) bermula Mac 2008 hingga Februari 2011.

Komitmen, kerjasama dan usaha beliau telah berjaya membawa Kontinjen Wilayah Persekutuan memenangi tempat ketiga keseluruhan semasa SUKMA XIII yang berlangsung di Melaka pada tahun 2010. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YB Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB).

roselina1

Roselina Binti Idrus dilahirkan pada tanggal 17 September 1961. Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1978, beliau telah diterima untuk menyambung pelajaran di Central Michigan USA dalam jurusan Management Information System.

Perkhidmatan beliau bermula sebagai seorang pegawai sukan pada tahun 1989 sehingga tahun 1993 di Institut Teknologi Mara dan kemudian menjadi Penolong Eksekutif di Majlis Sukan Negeri Selangor selama 2 tahun.

Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Jabatan Budaya Sukan Paralimpik di Majlis Paralimpik Malaysia selama 3 tahun bermula dari tahun 2002 sehingga 2005. Beliau juga dilantik menjawat jawatan sebagai Setiausaha Jawatan Kuasa Sukan Dan Teknikal Kejohanan Sukan FESPIC ke 9 KL 2006. Selain itu juga, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Women And Fitness Foundation Malaysia (WSFFM) dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan pada tahun 2005. Beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan selama 4 tahun dan kemudianya menamatkan perkhidmatanya di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan pada tahun 2008.

Di atas kegigihan dan semangat yang telah ditunjukkan selama ini, beliau pernah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Pingat Pekerti Terpilih (PPT), Selangor pada tahun 1997 dan 2000. Kini beliau berkhidmat sebagai Pengarah di Majlis Sukan Felda bermula dari Januari 2011 sehingga sekarang.