Maklumat Pengerusi MSWP

MAKLUMAT PENGERUSI MSWP


Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor , dilahirkan pada 20 Disember tahun 1950. Beliau merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO demi mengambil alih Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad pada 20 Mac 2008. Sebelum itu beliau pernah menjawat sebagai Menteri Pelancongan Malaysia.

Beliau dilahirkan di Melaka. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Institut Teknologi Mara (ITM), yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan BBA dari University of Southern California.

Tengku Adnan turut pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor korporat termasuk sebagai Pengarah dan Pengerusi Far East Asset (FEA) dan Pengerusi UNZA Holdings Bhd. Mulai Mei 2013 beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sehinggalah sekarang.

Hasil perkahwinan beliau dengan Datin Seri Utama Anggraini binti Sentiaki dan dikurniakan 4 orang anak lelaki dan 5 orang anak perempuan.